Setelah 3 minggu diumumkan, Apple Malaysia pada 6 November lalu telah membuka pra-tempahan bagi siri iPhone 12. Pra-tempahan yang bermula jam 9 malam pada 6 November nampaknya berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peminat.

Seperti sebelum ini, para pengguna berpeluang menerima iPhone yang ditempah menerusi laman Apple kurang daripada 2 minggu daripada tarikh tempahan. Namun lain jadinya pada kali ini apabila pra-tempahan yang baru sahaja dibuka beberapa hari menjangkakan iPhone 12 bakal diterima pengguna seawal bulan Disember 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
gsmarena_006
Sumber: GSM Arena

Difahamkan hal ini mungkin disebabkan jumlah tempahan yang tinggi atau kerana stok yang terhad. Masalah jumlah menunggu yang panjang ini nampaknya turut terjadi kepada model Pro dimana para pengguna yang menempah iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max terpaksa menunggu sehingga penghujung November ini.

Untuk pengetahuan, Apple sebelum ini menjanjikan pra-tempahan kesemua model iPhone 12 bakal diterima pengguna seawal 13 November ini. Pastinya agak menarik untuk menyaksikan sambutan pembelian iPhone apabila mulai ditawarkan di pengedar rasmi Apple Malaysia kelak.

Xiaomi pada minggu lalu telah memperkenalkan charger 20W khas buat pengguan iPhone 12 yang tidak mahu berbelanja besar untuk mendapatkan pengecasan daripada Apple.

Xiaomi Perkenalkan ‘Charger’ 20W Khas Buat Pengguna iPhone 12 Serendah RM24

Apple iPhone 12 Dan 12 Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula 13 November

4 Model Siri iPhone 12 Dilancarkan Apple Bermula Daripada RM3,399