Sejak mula Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumankan pengagihan dividen Amanah Saham Berhad (ASB) bagi tahun ini, dapat dilihat pelbagai reaksi netizen mengenai pengumuman yang dibuat. Malah, perbincangan mengenai dividen ASB masih dapat dilihat sehingga hari ini.

Menurut PNB, keadaan ekonomi semasa yang lemah serta perang dagang melibatkan Amerika Syarikat dan China antara yang memberi kesan kepada dividen ASB pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
71566986341_TBJALILRASHEED
CEO PNB, Rasheed Jalil. Sumber: Straits Herald

Dalam usaha untuk meningkatkan dividen buat para pelabur, PNB dilaporkan bersedia untuk meningkatkan lagi portfolio pelaburan luar negara melihatkan kadar pelaburan dalam negara yang bergerak agak perlahan pada ketika ini.

Menurut CEO PNB, Jalil Rasheed, pihak PNB sudah mula aktif melabur di luar negara dengan penigkatan daripada 3.1% pada tahun lalu kepada 8.3% setakat ini. Meskipun melabur dalam kadar yang sedikit, saham-saham luar negara ini berjaya memberi kadar pulangan melebihi 10% kepada keuntungan PNB pada tahun ini.

pnb2

Selain itu, pihak PNB juga bakal turut meningkatkan jumlah ekuiti persendirian sekitar Asia. Diharap dengan inisiatif yang dibuat PNB ini bakal memberi pulangan yang lebih tinggi buat para pelabur dimana ASB merekodkan jumlah pengagihan sebanyak 5% dan bonus sebanyak 0.5% pada tahun ini.

Buat para pelabur, pastinya anda tertanya-tanya apakah masih releven untuk melabur di ASB? Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

ASB Umum Dividen 5.5 Peratus, Agihan Terendah Sejak 1990

Pulangan Pelaburan ASB Terendah, Masih Relevan Atau Kita Perlukan Instrumen Pelaburan Lain

Sumber