Sejak mula Elon Musk memulakan projek Tesla dan SpaceX, nama beliau sering kali menjadi perhatian ramai menerusi inovasi yang dibawakan daripada pengenalan model kereta elektrik terbaru sehinggalah kepada pelancaran roket ke angkasa.

Menjadi CEO kepada syarikat ini juga secara tidak langsung membuatkan Elon Musk berjaya berada dalam kelompok manusia terkaya dunia. Meskipun terkadang berlaku kesilapan daripada gaya unik beliau, inovasi yang dibawakan berjaya meyakinkan para pelabur terhadap syarikat yang dipimpin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

5a0f06913dbef482008b6ad3

Terbaharu, peningkatan saham Tesla sebanyak 11% sekaligus merekodkan nilai saham tertinggi Tesla berjaya meningkatkan kekayaan Elon Musk sekitar $7.8 bilion (~RM32.62 bilion) sekaligus menjadikan beliau manusia ketiga terkaya dunia dibelakang Jeff Bezos, Bill Gates dan Mark Zuckerberg.

Dilaporkan, Elon Musk turut berjaya menjadi manusia kedua dunia dengan perolehan terbanyak tahun ini manakala Jeff Bezos muncul di tempat pertama dengan perolehan sebanyak $73 bilion (~RM305.32 bilion) setakat ini.

Selain itu, beberapa usahawan dalam bidang teknologi seperti Mark Zuckerberg turut berjaya mengutip keuntungan yang tinggi pada tahun ini.

ElonMusk-Transpo-RTS256QX
Sumber: Wired

Kehadiran wabak COVID-19 pada tahun ini nyata mengubah tabiat serta gerak kerja orang ramai sekaligus membuatkan orang ramai lebih cenderung untuk melayari media sosial serta berbelanja secara dalam talian yang secara tidak langsung mengutungkan mereka yang berada dalam industri.

Bulan ini turut menyaksikan Mark Zuckerberg berjaya berada sekelompok dengan Jeff Bezos dan Bill Gates selepas berjaya bergelar centibillionaire.

Mula Bangunkan Facebook Sejak 19 Tahun, Kekayaan Mark Zuckerberg Kini Bernilai RM419 Bilion

Hanya Kerana ‘Tweet’ Elon Musk, Saham Tesla Jatuh RM60 Bilion

Sumber