Seorang lelaki berjaya memperdayakan sebuah bank di Brixton apabila menyamar sebagai seorang pegawai keselamatan dan meminta mereka untuk menyerahkan wang berjumlah £150,000 (RM666,600) tanpa ada apa-apa aksi dramatik.

Melalui laporan LadBible, lelaki tersebut menyamar sebagai pengawal keselamatan G4S yang lengkap dengan pakaian seragam, topi keledar dan visor. Beliau kemudiannya masuk ke dalam bank dan mempamerkan kad pengenalan palsu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perompak tersebut kemudiannya keluar dengan enam kotak wang tunai yang mengandungi £25,000 setiap satu. Bagaimanapun, ia baru disedari kakitangan bank selepas lelaki tersebut tidak menandatangi bukti pemindahan wang selepas keluar untuk meletakkan wang.

Bank ketika menghubungi G4S diberitahu bahawa tiada jadual pemindahan wang yang direkodkan pada hari tersebut.

The Sun turut mempersoalkan bagaimana pihak bank boleh membenarkan seorang membawa keluar dua kotak wang tunai, sedangkan peraturan menyatakan bahawa setiap kotak wang tunai dikendalikan secara individu.

Selain itu, kumpulan perampok ini didapati tidak memakai seragam G4S yang tepat sehingga menimbulkan persoalan bagaimana mereka boleh masuk dan meyakinkan kakitangan untuk menyerahkan wang tunai £150,000.

Polis kini sedang menyiasat rakaman rompakan tersebut dengan pihak bank bekerjasama bagi mencari siapakah dalang disebalik rompakan ini.

Lelaki ini dipuji kerana kekal tenang walaupun van ditembak dan dirempuh perompak. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Ini Dipuji Kerana Kekal Tenang Walaupun Van Ditembak Dan Dirempuh Perompak