Pencuri biasanya mencuri benda-benda yang boleh dijual dengan pulangan yang tinggi di pasar gelap seperti emas, mutiara, lukisan atau pun wang tunai. Barang seperti buku, teks kuno atau tulisan edisi pertama jarang menjadi pilihan pencuri.

Bagi mereka, barang seperti itu susah dijual. Melainkan pelanggan mereka adalah orang kaya yang berminat untuk memiliki buku atau teks kuno yang berusia beratus tahun. Namun, sukar untuk mencari orang yang mempunyai minat seperti itu.

Bagaimanapun, buku-buku ‘rare’ terus menjadi pilihan pencuri, tidak kira di perpustakaan, kedai buku atau pameran buku. Mereka akan hadir untuk melihat sendiri koleksi buku tersebut sebelum membuat keputusan untuk mencuri.

Tujuan mereka mencuri buku-buku koleksi lama ini bukanlah disebabkan hobi mereka yang suka ‘membaca’. Namun lebih kepada nilai pulangan yang mereka akan dapat daripada jualan buku-buku ini kepada pelanggan yang suka membaca.

RM13.1 juta

Dalam satu kisah yang terjadi pada tiga tahun yang lalu, buku-buku ini dicuri semasa ia berada di antara lokasi, di mana satu kawasan yang tidak mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Dan untuk rekod, itulah apa yang terjadi pada Januari 2017 apabila lebih 200 koleksi buku lama, kertas dan lukisan yang bernilai USD$ 3.5 juta dicuri.

Koleksi buku lama ini dilaporkan berada di London untuk dikirim ke Las Vegas, Nevada bagi acara lelong. Koleksi buku lama ini merangkumi buku-buku karya Sir Issac Newton, Galileo dan termasuk lukisan dari karya pelukis Sepanyol, Francisco Goya.

https://www.youtube.com/watch?v=125voMnGb2Q&feature=emb_title

Dengan nilai dalam matawang Malaysia mencapai sehingga RM13.1 juta, koleksi buku ini dicuri dari tiga pengedar buku yang berasingan.

Walaupun buku ini sudah diletakkan tanda harga pada setiap jilid – bagi tujuan perlindungan insurans. Namun secara dasarnya, nilai buku ini tidak terjangkau berapa harga sekalipun. Tiada kekayaan yang mampu membeli sastera dan hasil kerja penulis yang berusia beratus tahun.

Hasil siasatan

Setelah koleksi buku-buku ini dilaporkan hilang, agensi penguatkuasaan mula bergabung bagi mengesan lokasi dan pelakunya. Europol, Polis Romania Nasional dan Carabinieri Itali, serta Polis Metropolitan di UK semua bekerjasama mencari dalang disebalik kes kecurian ini.

Pada pertengahan September tahun ini, pihak berkuasa akhirnya berjaya menemui apa yang dicari. Koleksi buku-buku ini ditemukan di bawah sebuah rumah di Neamt, bahagian timur laut Romania, ia tersembunyi dengan baik di dalam sebuah lubang yang digali untuk mengaburkan aktiviti suspek.

Difahamkan, kecurian ini didalangi oleh kumpulan Clamparu, sebuah organisasi jenayah yang bertapak di Eropah Timur. Setakat ini, 12 lelaki telah mengaku bersalah, sementara suspek ke-13 akan diadili pada bulan Mac, 2021 nanti.

books-480×640

Seolah-olah babak seperti dalam filem Hollywood. Dua lelaki, Daniel David dan Victor Opariuc pasti sudah merancang lama untuk mencuri koleksi buku ini. Malam kejadian, mereka berdua telah membuat lubang di bahagian bumbung gudang pos yang gelap dan sejuk pada Januari tiga tahun lalu.

Bagi mengelak kehadiran mereka dikesan oleh sensor, kedua-dua perompak terbabit duduk di antara rak selama lima jam. Manakala seorang lagi lelaki, Narcis Popescu, bertanggungjawab menunggu di luar dan mengawal kawasan sekeliling.

Dalam satu kenyataan pihak berkuasa, polis tidak memberitahu dengan lebih lanjut bagaimana koleksi buku-buku ini ditemui. Tetapi dalam satu gambar, ia menunjukkan bahawa buku-buku ini dibalut dengan baik, kemungkinan bertujuan untuk menjaga kualiti buku tersebut.

Untuk rekod, pihak berkuasa akan mengembalikan koleksi buku-buku ini kepada pemiliknya yang sah sebelum ianya hilang dan tidak dapat digantikan selamanya.

Terdahulu, seorang banduan telah melarikan diri dari penjara dengan cara menggali lubang. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Persis Filem Shawshank Redemption, Banduan Ini Larikan Diri Dari Penjara Dengan Menggali Lubang

Cantik Tetapi Psiko, Kisah Di Sebalik Gadis Berbaju Penjara Yang Tular Di Media Sosial