Betul orang kata, membaca itu jambatan ilmu. Bagi perpustakaan di Dublin ini, ianya adalah sebuah gudang ilmu yang internet pun tak dapat nak beri kepada anda. Perpustakaan ini terletak di dalam Kolej Trinity, Dublin.

Dibina sekitar tahun 1712 hingga 1732, perpustakaan sepanjang 65 meter ini menempatkan lebih 200,000 buah buku. Perpustakaan ini dapat mengumpul buku sebanyak itu kerana pada tahun 1801, perpustakaan ini diberi hak untuk menuntuk setiap buku yang diterbitkan di Britain dan Ireland secara percuma.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Perpustakaan ini juga menyimpan ‘The Book Of Kells’, manuskrip yang ditulis oleh sami 1200 tahun dahulu dan ia merupakan manuskrip paling berharga yang mereka simpan. Jadi jika anda ke Dublin, boleh singgah ke perpustakaan ini. Perpustakaan ini ada vibe macam perpustakaan dalam filem Harry Potter. Cuma rak bukunya sampai ke siling. Sangat menarik.

trinity-college-long-room-library-dublin-2

trinity-college-long-room-library-dublin-5

trinity-college-long-room-library-dublin-10

trinity-college-long-room-library-dublin-11

trinity-college-long-room-library-dublin-12

trinity-college-long-room-library-dublin-13

Anda Mungkin Suka