Perpustakaan ini pertama kali dibuka kepada umum pada 1150 tahun dulu. Dan kini perpustakaann tertua di dunia ini kembali boleh dilawati oleh orang awam setelah kerja-kerja membaik pulih dan penyeliaan berjaya dilakukan.

Paling tak disangka, perpustakaan tertua ini rupanya terletak di Fez, Morocco. Perpustakaan Al-Qarawiyyin merupakan sebahagian daripada universiti tertua dan masih beroperasi sehingga kini iaitu Universiti Al-Qarawiyyin yang telah dibuka pada tahun 859.

Sebelum ini, perpustakaan ini pernah melalui proses renovasi dan pembaikan beberapa kali hinggalah pada tahun 2012 seorang arkitek kelahiran Kanada-Morocco bernama Aziza Chaouni mengambil keputusan untuk melakukan penambahbaikan secara menyeluruh.

Bagi memberi peluang kepada orang awam mengunjungi perpustakaan tertua ini, pihak universiti telah membuka kepada umum ruang yang dulunya dikhaskan untuk kegunaan akademik dan ahli theologi.

Jom kita lihat apakah koleksi menarik yang terdapat di perpustakaan tertua ni.

1. Universiti, perpustakaan dan masjid Al-Qarawiyyin ini telah diasaskan oleh Fatima El-Fihriya pada tahun 859, di sekitar tahun yang sama di mana algebra dicipta.

perpustakaan-tertua-dunia-2

2. Uniknya, Fatima El-Fihriya turut belajar di universiti yang telah beliau tubuhkan ini. Dan sehingga kini perpustakaan di universiti ini masih menyimpan diploma asal Fatima yang berbentuk sekeping papan kayu.

perpustakaan-tertua-dunia-3

3. Kini, selepas melalui renovasi besar-besaran yang diketuai oleh Aziza Chaouni, ruang air pancut dan teks-teks lama yang kebanyakannya adalah teks keagamaan kembali diletakkan di Perpustakaan Al-Qarawiyyin.

perpustakaan-tertua-dunia-4

4. Perpustakaan ini memiliki dekorasi luar yang mengagumkan iaitu susunan mozek yang rumit serta pintu gerbang berwarna putih.

perpustakaan-tertua-dunia-5

5. Ini pula adalah bahagian khas untuk bacaan.

perpustakaan-tertua-dunia-6

6. Perpustakaan ini juga menyimpan 4,000 manuskrip lama. Turut terdapat di sini adalah Quran dalam tulisan kaligrafi Kufi yang dihasilkan pada abad ke 9 yang juga merupakan al-Quran tertua.

perpustakaan-tertua-dunia-7

7. Abdelfattah Bougchouf merupakan kurator bagi koleksi hebat ini. Beliau turut bertanggungjawab memastikan buku-buku dan teks yang terdapat di perpustakaan ini dijaga dan diselia dengan baik.

perpustakaan-tertua-dunia-8

8. Antara buku yangberada di bawah tanggungjawab beliau adalah buku asli “Muqadimmah” yang terkenal pada abad ke 14. Buku ini berasal daripada  sejarah Ibnu Khaldun di Afrika Utara.

perpustakaan-tertua-dunia-9

9. Ini pula adalah manuskrip asal yang memperincikan undang-undang purba Islam yang ditulis dalam tulisan kaligrafi.

perpustakaan-tertua-dunia-10

10. Tetapi yang paling berharga di sini adalah al-Quran dari abad ke 9 yang masih dalam bentuk ikatan asal. Al-Quran ini merupakan yang tertua daripada seluruh koleksi yang terdapat di perpustkaan ini.

perpustakaan-tertua-dunia-11

11. Hanya sebulan selepas ia dibuka kepada umum, perpustakaan ini mula dibanjiri para pelawat daripada seluruh yang ingin melihat koleksi bersejarah yang terdapat di sini.

perpustakaan-tertua-dunia-12

Baca lagi: Perpustakaan Berusia 300 Tahun Ini Menempatkan Lebih 200,000 Buku

Sumber