Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pada hari antara Rabu, Khamis atau Jumaat, orang ramai pasti ternanti-nantikan ‘harga baharu’ minyak yang diumumkan secara mingguan. Mekanisme ‘pengapungan terkawal’ ini telah dilaksanakan sejak Mac 2017 sehinggalah sekarang.

Baru-baru ini Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) menggesa Putrajaya mempertimbangkan mekanisme penetapan harga runcit petroleum secara bulanan berbanding secara mingguan ketika ini.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Memetik perkongsian Free Malaysia Today (FMT), Presiden PDAM, Khairul Anuar Abdul Aziz, berkata kaedah harga mingguan menyebabkan lebih 50% pengusaha stesen minyak ketika ini terpaksa beroperasi dalam kerugian atau sekadar ‘cukup makan’.

Sumber Gambar: Facebook Mix (Malaysia)

Antara salah satu sebabnya, mereka terpaksa menanggung kos operasi tinggi susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dan kenaikan tarif elektrik. Namun, lebih berat katanya apabila kaedah penetapan keuntungan pengusaha minyak tidak berubah pada kadar 15 sen seliter.

“Mekanisme penetapan harga secara bulanan lebih stabil bagi pengusaha. Kalau harga mingguan, tak sempat kami nak habiskan stok (dibeli pada harga tinggi) dah turun harga lagi, jadi kami rugi banyak. 50-60% pengusaha sekarang memang sakit kerana margin kurang.

“Pandangan orang luar selalu menganggap harga minyak naik, kami untung besar. Tidak sama sekali kerana pendapatan kami bergantung kepada kuantiti yang kami jual dan kerajaan sudah tetapkan pengusaha dibenarkan mengambil keuntungan 15 sen saja bagi setiap liter,” katanya kepada FMT.

Tambah Khairul lagi, apabila harga minyak tinggi, pengusaha stesen minyak memerlukan kos yang besar untuk membeli produk petroleum dan dari segi pengguna, mereka akan mengurangkan penggunaan sekali gus menyebabkan kemerosotan pendapatan pengusaha.

Lebih-lebih lagi harga RON97 meningkat, jualan produk itu turun 90% kerana ramai pengguna termasuk orang kaya raya beralih kepada RON95 yang disubsidi kerajaan. Sebab itu kita tengok trend jualan di stesen minyak seluruh negara menunjukkan peningkatan mendadak bagi RON95.

“Penjualan RON97 terlalu sikit, tak dapat tampung kos (operasi) pun. Sampai ada pengusaha terpaksa tutup lampu, kurangkan pekerja.

“Kalau industri lain, bila kos naik contoh macam pelaksanaan gaji minimum baru-baru ini, mereka boleh naikkan harga barang tetapi kami tidak boleh sebab (margin) hanya ditentukan oleh kerajaan,” luah Presiden PDAM.

Klik pautan di bawah untuk mengetahui perbezaan antara RON95 dan RON97 yang sering menjadi perdebatan orang ramai.

Jurutera Jelaskan Jenis RON Petrol Yang Boleh Dipakai Ikut Kesesuaian Model Kereta

Harga Hampir Cecah RM5.00 Seliter, Jualan Petrol RON 97 Menurun 65%

Saya Menjawab Pertanyaan Netizen Mengenai Perbezaan Diantara RON 95 Dan RON 97