Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Umum mengetahui bahawa seorang ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu kelmarin.

Artikel Berkaitan:

Lantaran penculikan itu, tiada sebarang panggilan meminta wang tebusan diterima dan dipercayai mangsa disembunyikan di Thailand. Menurut laporan, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata siasatan awal pihaknya mendapati suami mangsa terbabit dalam aktiviti sindiket dadah.

Pihak polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun semalam berkait dengan kes penyeludupan dadah.

“Suami mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai nelayan mempunyai dua rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi lelaki mempunyai tujuh rekod jenayah. Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini” kata Pemangku Ketua Polis Kelantan.

Malah, pihak polis percaya tiada pembabitan pihak lain dan kejadian ini berlaku akibat perselisihan dalam kalangan ahli sindiket. Tidak hanya itu, pihak polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang menculiknya petang kelmarin.

Ketika ini, pihak polis sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa dan usaha ke arah itu giat dilakukan. Perbincangan dan satu operasi khas turut dilancarkan bagi menyelamatkan wanita berkenaan.