Malaysia Autoshow 2017 tahun ini nyata berbeza dengan tahun-tahun yang lalu apabila selari dengan acara permotoran ini, satu konsert besar akan jalan bersama. SoundValley Festival 2017 akan memberi dimensi baru kepada peminat muzik dan permotoran untuk hadir dan berhibur.

11 kumpulan ternama tanah air dan antarabangsa akan menggegarkan pentas SoundValley antaranya Hujan, Bunkface, Otherside Orchestra, Wings, May dan Metalasia. Penampilan band terkenal dari luar negara seperti Bloc Party dan Loudness semestinya akan menggamatkan lagi pentas SoundValley!

SoundValley 2017

Festival SoundValley ini akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang. hingga 11:30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). engunjung Festival SoundValley akan menerima tiket percuma ke Malayia Autoshow 2017. Jadi, anda ada banyak masa untuk ke tengok kereta-kereta awesome di Malaysia Autoshow 2017 terlebih dahulu dan kemudiannya layan festival ini di sebelah petang hingga tamat acara.

“Tahun ini, Malaysia Autoshow 2017 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung sebab kita ada lebih banyak tarikan. Penganjuran SoundValley Festival adalah tarikan baru selari dengan perkembangan Malaysia Autoshow,” kata Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Automotive Institute (MAI).

Jadi kalau anda berminat untuk ke SoundValley Festival ini, akan boleh beli tiket early bird bermula 9 Okt sehingga 18 Okt 2017 di sini. Rock on, guys!

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤