Tidak semua orang memiliki bakat untuk bermain alat muzik. Malah, bukan semua orang juga diberikan peluang untuk menonjolkan bakat mereka.

Baru-baru ini, satu perkongsian seorang pengguna Twitter @balqiszrlnzm telah mendapat perhatian netizen. Beliau telah berkongsi beberapa keping gambar dan video dimana beberapa orang pemuda telah memainkan violin ketika dalam penerbangan ke Jakarta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/balqiszrlnzm/status/1172304419091648512?s=21

Lebih menarik, para pemuda tersebut merupakan ahli kumpulan Orkestra Darul Ta’zim yang mewakili Malaysia untuk Indonesia Orchestra Ensemble Festival. Bukan sahaja berbakat, malah mereka juga turut membanggakan negara kita.

Lagu yang didendangkan adalah ‘Menceceh Bujang Lapok’ daripada P.Ramlee dan dapat dilihat penumpang dalam penerbangan kelihatan terhibur dengan persembahan mereka.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Orkestra Darul Ta’zim merupakan orkestra komuniti yang bertapak di Johor Bahru. Boleh dikatakan ahli dalam orkestra tersebut berbeza umur kerana persatuan itu terbuka kepada semua.

Malah, rata-rata netizen mengucapkan semoga maju jaya kepada mereka untuk persembahan mereka kelak dan berasa bangga kerana masih ada lagi anak muda yang masih meneruskan warisan seni negara.

Syabas diucapkan kepada kumpulan anak muda ini kerana berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Semoga maju jaya! Klik pautan di bawah untuk baca lagi artikel berkaitan rakyat Malaysia yang membanggakan.

Gambar ‘Mowgli Malaysia’ Terpilih Untuk Dipamerkan Di Rome, Itali

Lelaki Malaysia Ini Berjaya Mengolah Sistem Penyejukan Model ‘Supercar’ Dari Itali