Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Anugerah Juara Lagu merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan setiap tahun dan Anugerah Juara Lagu ke-34 baru sahaja menutup tirainya. Pelbagai persembahan hebat telah dipertontonkan kepada umum.

Aina Abdul yang mempersembahkan lagu Sumpah menjadi perbualan netizen di media sosial kerana ada yang mendakwa persembahan beliau ‘trigger’ pesakit mental. Ada pihak yang mengatakan bahawa persembahan tersebut menyampaikan mesej yang salah dimana kekesalan kekecewaan dalam percintaan digambarkan dengan adegan yang agak sadis.

Bagi anda yang menonton persembahan beliau, anda pasti dapat melihat beliau mengenakan busana berwarna putih dan terdapat darah pada baju beliau. Berikutan itu, Aina Abdul tampil menjelaskan di Instagram miliknya bahawa darah tersebut adalah simbolik kepada kekecewaan yang ditanggung wanita akibat melukai hati insan tersayang.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

View this post on Instagram

HATI YANG BERDARAH 💔! Alhamdulillah! Selesai sudah persembahan aina Di pentas #ajl34 yang selama ini aina idamkan. Aina Sangat bersyukur Kerana diberi peluang untuk berada di pentas berprestij ini. Jika semua perasan, persembahan aina tadi merupakan kesinambungan Muzik Video SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba aina sampaikan… Doakan aina yaa.❤️ . . . Outfit by : @tsyhmi Makeup by : @ahma_dani Blood works Special Effect by : @ellasandera (Instagram) Heels by : @giuseppezanotti Video by : @hazmyahna Photo by : @badrulazhar_ Styled by : @nazlivingastyle Fabrics by : @jakel_shahalam . . . #ajl34 #sumpahainaabdul #ainaabdul

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

Persembahan beliau mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang memuji beliau cukup kreatif dan menampilkan persembahan yang cukup baik. Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa Aina tidak bersikap sensitif dengan pesakit mental yang mungkin akan meniru aksi yang ditonjolkan.

Screenshot 2020-02-10 at 12.22.12 AM

Difahamkan kini persembahan Aina Abdul di YouTube TV3 sudah dipadam. Setiap orang memiliki pandangannya tersendiri dan apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Apa kata baca artikel berkaitan Anugerah Juara Lagu di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Sumpah Juara Anugerah Juara Lagu 34

Mengapa ‘Jampi’ Adalah Lagu Yang Paling Layak Menangi AJL 32 Semalam