Anugerah Juara Lagu merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan setiap tahun dan Anugerah Juara Lagu ke-34 baru sahaja menutup tirainya. Pelbagai persembahan hebat telah dipertontonkan kepada umum.

Aina Abdul yang mempersembahkan lagu Sumpah menjadi perbualan netizen di media sosial kerana ada yang mendakwa persembahan beliau ‘trigger’ pesakit mental. Ada pihak yang mengatakan bahawa persembahan tersebut menyampaikan mesej yang salah dimana kekesalan kekecewaan dalam percintaan digambarkan dengan adegan yang agak sadis.

Bagi anda yang menonton persembahan beliau, anda pasti dapat melihat beliau mengenakan busana berwarna putih dan terdapat darah pada baju beliau. Berikutan itu, Aina Abdul tampil menjelaskan di Instagram miliknya bahawa darah tersebut adalah simbolik kepada kekecewaan yang ditanggung wanita akibat melukai hati insan tersayang.

Persembahan beliau mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang memuji beliau cukup kreatif dan menampilkan persembahan yang cukup baik. Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa Aina tidak bersikap sensitif dengan pesakit mental yang mungkin akan meniru aksi yang ditonjolkan.

https://twitter.com/aca_pyka/status/1226540387054936064

Screenshot 2020-02-10 at 12.22.12 AM

Difahamkan kini persembahan Aina Abdul di YouTube TV3 sudah dipadam. Setiap orang memiliki pandangannya tersendiri dan apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Apa kata baca artikel berkaitan Anugerah Juara Lagu di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Sumpah Juara Anugerah Juara Lagu 34

Mengapa ‘Jampi’ Adalah Lagu Yang Paling Layak Menangi AJL 32 Semalam