Pada 15 September yang lalu, Wow! Malaysia Music Festival telah dianjurkan di Gembox, Nilai pada jam 8 malam dan masuk adalah percuma. Konsert tersebut berlangsung selama 3 jam, dan lebih 5 ribu orang yang menghadiri konsert ini bagi meraikan Hari Malaysia bersama-sama.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 11 kumpulan Artis dan KOL tempatan terkenal yang terdiri daripada berbilang bangsa membuat persembahan dalam konsert tersebut seperti Datuk Sheila Majid, Alvin Chong, Dolla, Masha Mashitah, Rynn Lim, Jeryl Lee, Phei Yong, Dany Koo, Chang Yong, Chang Le, Susan, Pink Tan dan bakat baharu, Lil J.

Baca Juga:

Rynn Lim dan Dato’ Sheila Majid

Selepas selama 15 tahun, Rynn Lim dan Dato’ Sheila Majid sekali lagi bersama mmenyanyikan lagu klasik di atas pentas dan lagu ini mengimbau kenangan lalu. Turut mencuri tumpuan, Dolla yang digelar ‘Blackpink Malaysia’ mempersembahkan lagu dengan tarian yang cukup bertenaga untuk penonton.

“Walaupun kita menghadapi wabak ini, kita mesti percaya bahawa tiada yang lebih penting daripada kesihatan kita!” ujar Dato’ Sheila Majid.

Dolla

Manakala Dolla, ini adalah detik bersejarah buat mereka kerana ia merupakan pertama kali mereka menyertai konsert ‘countdown’ Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Difahamkan, konsert ini dianjurkan oleh Gembox, YM International dan On Muse Entertainment sebagai penganjur bersama yang membariskan 11 penyanyi popular, artis dan KOL.

Sekadar makluman, Gembox iaitu sebuah Pasar Malam Kebudayaan Simbolik Malaysia yang menghimpunkan pelbagai barangan tempatan termasuk makanan, kraftangan dan budaya dari 13 buah negeri di seluruh negara.