Penyanyi Baby Shima atau nama sebenar beliau Nor Ashima Ramli baru-baru ini telah mengundang buah mulut daripada para netizen selepas beliau memuat naik video mempersenda golongan OKU di laman TikTok beliau.

Video berdurasi 18 saat ini dilihat beliau seolah-olah mempersenda kekurangan pada seorang lelaki OKU yang kudung tangan ketika muncul dalam sebuah temu ramah program televisyen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video yang dimuat naik, para netizen yang nampaknya tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan kurang sensitif yang dibuat penyanyi ini. Berikut antara komen netizen mengenai video yang dimuat naik.

Setakat artikel ditulis, difahamkan Baby Shima telah membuang video yang mengundang sensitiviti orang ramai ini di laman TikTok beliau. Setakat ini, masih belum terdapat sebarang kenyataan yang dibuat penyanyi ini mengenai tindakan yang dibuat.

Tular pada minggu lalu apabila rider makanan ini bakal menerima bonus sebanyak RM56,870 selepas berjaya melengkapkan 21,500 pesanan.

Berjaya Lengkapkan 21,500 Pesanan, ‘Rider’ Makanan Ini Bakal Terima Bonus Sebanyak RM56,870

Dipaksa Lengkapkan Tuntutan Kerja Ketika Kecemasan, Netizen Bengang Dengan ‘Keprihatinan’ Majikan Ini