Ciapan penceramah motivasi Azizan Osman di Twitter beberapa hari lalu nyata mengundang kritikan daripada para netizen di negara ini.

Dalam ciapan yang dibuat pada 16 Ogos, Azizan yang terkenal sebagai penceramah motivasi berkongsi sindiran mengenai golongan peniaga yang tidak berjaya membuat jualan sebanyak RM1 juta sebulan.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Berniaga ke isi masa lapang?

Tidak bersetuju dengan sindiran yang dibuat Azizan itu, netizen kemudiannya tampil memberikan pandangan mereka mengenai perkara itu dengan jumlah retweet and comments di ciapan tersebut kini sudah pun mencapai 2,500 perkongsian.

Fungsi retweet and comments di Twitter membolehkan pengguna lain berkongsi kembali ciapan asal dan menambah komen serta pandangan mereka bersama sebelum berkongsikan dengan pengikut mereka.

Menurut mereka, ada sesetengah peniaga bukan sahaja mengejar keuntungan tetapi lebih kepada untuk menyara kehidupan demi membahagiakan keluarga di samping mencari keberkatan hidup.

Bukan begini caranya memotivasi

Tidak sahaja mempertahankan perniagaan yang dijalankan bukannya untuk mengisi lapang, malah netizen turut berpendapat kenyataan tersebut sedikit sebanyak menyinggung perasaan golongan peniaga.

Walaupun menyedari sindiran yang dibuat itu adalah untuk memotivasikan namun susunan dan pilihan ayat yang digunakan sepatutnya disusun dengan lebih cermat bagi mengelakkan orang ramai terasa.

Tidak jual air liur

Selain daripada menegur dan mempertikaikan sindiran yang dibuat penceramah motivasi itu, netizen juga pada masa sama turut mempersoalkan kredibiliti Azizan dalam memberikan nasihat kepada peniaga.

Azizan pada 2016 pernah dinafikan beberapa universiti di atas dakwaannya memiliki pengiktirafan sijil doktor falsafah PHD dan pernah menjadi topik perbualan hangat suatu ketika dahulu.

Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah patut sindiran tersebut diberikan kepada golongan peniaga atau sepatutnya motivasi yang lebih baik diberikan?

Baca juga perdebatan lain dalam kalangan netizen mengenai sikap masyarakat kita yang pernah kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. 

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak

Baru 2 Minggu Menyewa, Lelaki Ini Dihalau Pemilik Rumah Kerana Mahu Penyewa Kaum Cina

 

Anda Mungkin Suka