Setiap pasangan memiliki majlis perkahwinan impian dan perkahwinan ketika ini musim pandemik ini cukup mencabar kerana bukan sahaja perlu mengikuti SOP tetapi perlu juga memastikan diri tidak dijangkiti COVID-19.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @faizz_aa telah berkongsi sebuah video memaparkan situasi keluarganya yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan ahli keluarganya selepas ibu mereka disahkan positif COVID-19.

@faizz_aa

ade hikmah disebalik kejadian . Allah sebaik baik perancang. semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga 🤲 #covid19 #fyp

♬ original sound – Faizz Awalludin – Faizz Awalludin

Demi keselamatan keluarga dan pengunjung, tuan rumah mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis tersebut walaupun semua persiapan sebelum majlis akad nikah dan persandingan telah siap. Malah, goodies yang disediakan untuk tetamu disedekahkan kepada orang kampung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan ibu mereka segera sembuh dan mereka sekeluarga tidak dijangkiti serta urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

Malah, ada juga netizen yang berkongsi mengalami situasi yang hampir sama sehingga terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 300 ribu tontonan dan 10 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Terputus Bekalan Kentang Goreng, McDonalds Tangguh Jualan Set Bersaiz Besar Mulai Hari Ini

‘Macam Mana Boleh Lulus’- Netizen Pertikai Rekaan Laluan Pejalan Kaki River Of Life Yang Tidak Masuk Akal

Didakwa Bukan Anaknya Dan Diminta Buat Ujian DNA, Ryzal Ibrahim Mahu Saman Netizen