Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau dikenali sebagai (MDEC) semalam telah merasmikan edisi terbaru Kre8tif! Persidangan yang diadakan di Cyberjaya, Persidangan ini berlangsung selama dua hari iaitu semalam dan hari ini.

Ia telah menyatukan lebih daripada 40 pengamal kreatif terkemuka di rantau ini dalam pertukaran idea, perkongsian pengetahuan dan peluang kerjasama masa depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Dato ‘Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Operasi MDEC. Sumber: themalaysianreserve

Mengulas mengenai Kre8tif!, Dato ‘Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Operasi MDEC mengatakan transformasi industri kreatif Asia Tenggara telah menunjukkan perbezaan yang tinggi berbanding sedekad lalu.

Persidangan ini adalah sebahagian daripada Kre8tif Conference & Content yang berlangsung selama seminggu bermula pada hari Ahad ini dengan acara Costume Fun Run di Multimedia Cyberjaya.