Bermula daripada minatnya untuk melukis lakaran bangunan secara suka, kanak-kanak ini berjaya menghasilkan reka bentuk bagi membina dapur dan bilik mandi di rumahnya.

Melalui satu perkongsian yang dibuat bapanya di Facebook, kanak-kanak itu Airiel Haziq menurut bapanya memang memiliki ‘hobi yang agak pelik’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berkongsi kepada The Vocket, bapanya Mohd Hardy menjelaskan bakat anaknya itu yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Uda di Kedah bermula sejak dia berumur 10 tahun selepas dia menemukan beberapa keping lakaran di atas meja anaknya itu.

hardy 3
FOTO: MOHD HARDY

“Saya tengok ish ini lukisan perspektif, lukisan kejuruteraan. Saya tengok macam itu (saya tahu) sebab saya pun ada asas lukisan geometri sebelum ini.

Bapanya, Mohd Hardy bagaimanapun bukanlah seorang pelukis pelan ataupun arkitek tetapi hanya bertugas sebagai seorang pegawai penyelaras insurans.

Bercerita bagaimana anaknya boleh menghasilkan pelan untuk pembinaan dapur dan bilik mandi di rumahnya, Hardy menjelaskan perkara itu bermula secara kebetulan kerana isterinya ketika itu memang berniat untuk melakukan renovation rumah.

“Kebetulan isteri ketika itu mahu buat renovation. Jadi saya bincang dengan dia kita bagi abang (Airiel) buat.

“Kita bagi dia buat tapi kita bincang bersama. Ibu dia minta mahu macam mana reka bentuk semua,”katanya.

hardy 5
FOTO: MOHD HARDY

Proses melukis pelan itu jelas Mohd Hardy hanya mengambil masa lebih kurang seminggu dan paling mengejutkan adalah bila kontraktor yang diupah pun faham lukisan pelan yang dibuat anaknya itu.

“Yang lawaknya kontraktor tu boleh baca plan (lukisan) dia,” katanya.

Perkara itu sangat membanggakan memandangkan Airiel sebelum ini katanya tidak pernah memasuki mana-mana kelas lukisan atau mendapat bimbingan secara formal.

“Dia buat semuanya sendiri. Apps itu pun saya tak tahu. Tapi saya sebagai bapa memang kalau keluar jalan-jalan dan ada projek perumahan yang dia berminat nak tengok, saya akan berhenti dan bagi dia ruang untuk tengok.

Perkara itu jelasnya sangat penting dalam mendorong minat anaknya dalam melakukan apa yang disukainya.

“Anak-anak ini masa dia sekejap saja. Waktu ini lah kita kena explore bakat mereka. Kadang-kadang kita tak nampak tapi kita cuba tengok mereka cenderung ke arah mana.

hardy 6
FOTO: MOHD HARDY

“Lagi satu budak-budak ini suka bertanya. Kadang-kadang dia tanya apa yang kita tak tahu kita kena cuba jawab,” kongsinya kepada The Vocket.

Menurut bapanya juga, selain daripada melukis adik Airiel juga aktif dalam kegiatan Taekwondo dan aktiviti berbasikal lasak BMX.

Sebagai ibu bapa, kita mestilah mendorong minat anak-anak supaya mereka berjaya dan tidak melakukan perkara yang tidak sopan seperti gadis ini yang menunggang motorsikal lagak seperti Superman di jalanan seperti kami kongsikan sebelum ini.

Padah Tunggang Motor Dengan Aksi Superman, Gadis Berusia 17 Tahun Ditahan Polis

Kaki ‘Paw’ Terajang Murid Sekolah Kerana Tiada Wang Sudah Ditangkap Polis

Demi Menangkap Ikan Dan Burung, Dua Beradik Ubah Suai Motorsikal Untuk Redah Banjir