Bukan sekali atau dua kali malahan siri kartun The Simpsons karya Bill Oakley kini sekali lagi meramalkan masa hadapan dunia dengan tepat. Terdahulu, siri kartun ini pernah meramalkan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat sehinggalah tercetusnya ‘peperangan’ disebabkan kekalahan Donald Trump dalam pilihan raya presiden AS baru-baru ini.

Namun, bukan sahaja masa hadapan Donald Trump yang berjaya diramalkan bahkan turut terlibat sama Kamala Harris, timbalan presiden wanita AS yang baharu yang dikatakan terpalit dengan kontroversi serta teori konspirasi ramalan siri kartun The Simpsons.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Menurut sumber, dalam sebuah episod The Simpsons: Future President Lisa Simpson yang ditayangkan 20 tahun lalu di mana ia mengisahkan Lisa Simpson, salah satu karakter dalam siri kartun ini yang menjadi Presiden AS. Tambah menarik, busana yang digayakan Lisa Simpsons dalam rancangan terbabit berjaya diramalkan di masa hadapan.

Buktinya, busana berwarna ungu, ditambah pula aksesori anting-anting serta rantai mutiara yang dikenakan oleh Lisa Simpsons dalam siri kartun ini saling tidak tumpah dengan apa yang diperagakan oleh Kamala Harris semasa upacara pengumuman Joe Biden sebagai presiden AS, Rabu, 20 Januari yang lalu.

Hal ini secara tidak langsung menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen di Twitter apabila tularnya sebuah ciapan yang memuat naik beberapa foto perbandingan antara busana dan aksesori tambahan seperti yang diperagakan oleh Kamala Harris dan Lisa Simpsons dalam siri kartun The Simpsons. Netizen juga mendakwa bahawa penulis kartun The Simpsons mempunyai mesin masa untuk mengembara ke masa hadapan.

Rata-rata netizen di Twitter berseloroh dan meminta penjelasan daripada pihak Kamala Harris sendiri berhubung isu busana beliau yang dikatakan seratus peratus sama dengan pakaian Lisa Simpson tersebut. Berharap ianya hanyalah satu kebetulan sahaja dan bukan ramalan yang sengaja untuk dirancang seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Bill Oakley, penulis skrip kartun The Simpsons. 

Sementara itu, The Simpsons terdahulu berjaya meramalkan kejatuhan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Anda Mungkin Suka