Semalam, secara rasminya penghubung jalan Kampung Baru ke KLCC telah dibuka kepada orang ramai dikenali sebagai Saloma Link. Pastinya jambatan ini akan memudahkan penduduk di Kampung Baru ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit.

Sebelum ini, penduduk di Kampung Baru perlu menempuh kesesakan trafik jika mahu ke KLCC dan ini juga akan memudahkan ramai pengunjung untuk ke Kampung Baru terutama sekali yang gemar menikmati nasi lemak di sana.

c8160e87-bd3e-40c0-9ea8-b283fe6210df
HYPE
Mudahnya Memindah Data Daripada Peranti Lama Ke HUAWEI nova 7i!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari KLCC.

Apa yang menariknya jambatan ini terletak pada rekaannya. Difahamkan, rekaannya diinspirasikan dari Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia dan rekaan ini mengetengahkan konsep sirih junjung yang cukup sinonim dengan adat orang Melayu.

Berikutan itu, ramai orang sudah berkunjung ke Saloma Link ini dan berkongsi beberapa gambar yang cukup memukau. Pastinya tempat ini bukan sahaja menjadi satu kemudahan, tetapi akan menjadi tempat tumpuan bergambar.

Andai kata anda belum lagi berkunjung ke sini, anda bolehlah berkunjung untuk melihat sendiri kencatikan dan keindahan Saloma Link. Pastinya jambatan ini akan menjadi jambatan ikonik dan akan berjaya menarik pelancong dan juga warga tempatan.

Selain itu, Taman Tasik Titiwangsa juga telah dibuka kepada orang awam. Belum lagi sempat berkunjung? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula

Lihat ‘Makeover’ Ampang Point Yang Telah Dibuka Semula

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Anda Mungkin Suka