Terletak di Dato Keramat, Kuala Lumpur terdapat sebuah penginapan yang tampil dengan rekaan vintage dan ketengahkan elemen tradisional Melayu. Sekali pandang, anda akan terasa anda berada di Bali kerana rekaan seperti ini banyak di Bali.

Setiap sudut di Classic Malay House ini merupakan ‘spot’ yang disukai oleh kaki foto di luar sana. Mana tidaknya, anda boleh bergambar tanpa had di sini dan hasilnya akan buat anda tersenyum.

IMG_20200320_123528_287
HYPE
7 Perkara yang Anda Perlu Lihat Dan Pertimbangkan Sebelum Beli Laptop Baharu
Baca lagi →

165226932

165226904

165226849

165226977

Tidak hanya hadir dengan rekaan penginapan yang vintage, persekitaran penginapan ini yang dipenuhi dengan tanaman bunga pasti boleh buat anda rasa tenang.

Terdapat pelbagai kemudahan di penginapan ini seperti patio, mini bar, tempat barbecue, dapur, wifi dan sebagainya. Disebabkan ia terletak di Kuala Lumpur, penginapan ini berada berdekatan dengan Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.

165226829

86083354

86083357

165226816

Menurut hasil tinjaun kami, harga penginapan di sini bermula dari RM300 dan anda boleh membuat tempahan di sini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke Facebook Classic Malay House KL. 

Tunggu apa lagi? Pastinya tempat ini sesuai untuk anda yang ingin merasai suasana penginapan yang berbeza. Jika anda tidak mahu menginap, anda juga boleh sewa tempat ini beberapa jam untuk bergambar.

Tidak tahu ingin ‘chill’ ke mana bersama rakan di Kuala Lumpur? Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

10 Senarai Tempat Berlatar Belakangkan Bangunan KLCC Yang Boleh Anda ‘Chill’

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

‘River Of Life Kuala Lumpur’ Tersenarai Sebagai Tempat Terbaik Di Dunia

Anda Mungkin Suka