Cameron Highlands merupakan destinasi terkenal pelancong tempatan dan juga luar negara. Mana tidaknya, cuacanya yang sejuk dan memiliki pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi menjadi faktor ia destinasi pilihan ramai.

Terbaharu, sebuah taman bunga akan dibuka di Cameron Highlands pada 1 November 2021. Belum dibuka secara rasmi tetapi beberapa keping gambar memaparkan keindahan taman bunga ini sudah jadi bualan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikenali sebagai Flora Park Cameron Highlands, ia terletak berdekatan dengan Keafarms dan anda akan disajikan dengan keindahan bunga yang mekar. Malah, anda juga boleh makan di sini ala-ala ‘picnic’ bersama tersayang.

Malah, setiap sudut di taman bunga ini sangat memukau dan sesuai untuk anda yang mencari ketenangan serta mahu bergambar. Pasti ramai yang tidak akan sangka ada tempat secantik ini di Cameron Highlands.

https://www.instagram.com/p/CVCeqkBFjus/

Menjengah ke ruangan komen, ramai orang sudah tidak sabar untuk ke taman bunga ini. Jika anda ke Cameron Highlands kelak, jangan lupa singgah ke sini.

Sementara itu, keadaan kabus tebal di Cameron Highlands buat ramai orang teruja mahu ke sana. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Sejuk Dan Kabus Tebal, Keadaan Di Cameron Highlands Buat Netizen Tidak Sabar Untuk Berkunjung

ESCAPE Cameron Highlands Bakal Dibuka, Ski Ais Persis Di Eropah Antara Tarikan Utama