Sebut sahaja kampung pelangi pasti anda sudah terbayang Gamcheon Culture Village di Busan berwarna-warni yang cantik dan menjadi destinasi tumpuan pelancong.

Terbaharu, Kampung Sungai Budor di Kelantan telah berwajah baru dimana rumah-rumah di sana berwarna-warni umpama pelangi seperti di Gamcheon Culture Village.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini merupakan satu inisiatif yang baik dilakukan oleh Pertubuhan Prihatin Wanita Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menjadikan tempat tersebut destinasi pilihan pelancong.

Pastinya perkampungan ini akan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara kerana memiliki keunikannya tersendiri dimana menggunakan rumah penduduk kampung yang mengekalkan ciri-ciri tradisional.

Jika anda gemar bergambar, anda mungkin boleh ke perkampungan Sungai Budor ini untuk dikongsikan ke media sosial. Pasti rakan-rakan media sosial anda akan kagum dengan gambar yang anda kongsikan.

Adakah anda tahu bahawa sungai Klang kini dalam proses pembersihan? Mungkin selepas dibersihkan, sungai Klang akan menjadi tarikan seperti River of Life Kuala Lumpur? 

Tersenarai 50 Sungai Paling Tercemar Di Dunia Jadi Sebab Interceptor Bersihkan Sungai Klang

‘River Of Life Kuala Lumpur’ Tersenarai Sebagai Tempat Terbaik Di Dunia

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar ‘Sungai Jernih’ Bersama Ikan Koi Di Pulau Pinang

Sumber