Rata-rata umat islam pastinya mengenali Masjidil Haram, sebuah masjid suci yang terletak di kota Mekah. Seni binanya yang sangat cantik mampu memukau mata yang melihat.

Namun, tahukah anda, sebuah masjid yang dibina di Gua Musang menggunakan model yang sama seperti Masjidil Haram. Masjid tersebut diberi nama Masjid Razaleigh sempena nama ahli parlimen di daerah tersebut iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Facebook Maaf Sebut

Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh ahli parlimen tersebut dan menelan belanja sebanyak RM23 Juta. Masjid ini dikatakan akan menjadi mercu tanda terbaru untuk menarik para pelancong ke negeri Kelantan.

Sumber: Facebook Maaf Sebut

Masjid Razaleigh yang berkeluasan 70,000 kaki ini dilengkapi dengan bilik mandi jenazah lelaki dan perempuan, bilik kuliah, pejabat imam, dewan makan dan ruang solat yang boleh memuatkan 3,500 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini juga menyediakan ruangan kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf.

Sumber: Facebook Maaf Sebut

Masjid yang bakal menjadi mercu tanda baru negeri Kelantan ini dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Lihat Masjid dengan rekaan yang futuristik di Qatar ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Qatar Bina Masjid Dengan Reka Bentuk Futuristik

Inilah Individu Hebat Yang Mewakafkan Masjid Sri Sendayan Di Negeri Sembilan

Lihat Konsep ‘Masjid Bergerak’ Yang Dijalankan Di Fukuoka

 

Sumber