Jika anda pernah ditahan di hospital, pasti anda tahu rupa dan rasa makanan yang disediakan untuk anda. Hidangannya biasa-biasa sahaja dan cukuplah sekadar kenyang sementara kita masih terlantar sakit di hospital.

Namun seorang wanita ini telah melahirkan anak di Jepun dan beliau mengambil gambar setiap hidangan yang diberi oleh pihak hospital pada setiap masa. Gambar setiap hidangan semuanya nampak sangat sedap dan menarik umpama anda memesan makanan di restoran ternama! Kalau gambar ini tidak nampak persekitaran hospital, nampak macam hidangan penerbangan kelas pertama pun ada.

Gambar-gambar ini nyata mendapat perhatian netizen dan ramai memuji tentang kesungguhan orang Jepun dalam menyediakan makanan. Ada yang sengaja mahu sakit semata-mata hendak rasa makananan di hospital Jepun. Hidangan yang dihidangkan juga berlainan setiap masa. Mungkin untuk elakkan pesakit jemu dengan jenis makanan yang sama sahaja sepanjang masa.

Food presentation sangat penting buat orang Jepun dan makanan di hospital juga tidak terkecuali. Anda pernah mendapat hidangan sebegini ketika dirawat di hospital? Kongsikan pengalaman anda.

hospital f1

hospital f2

hospital f3

hospital f4

hospital f5

hospital f6

hospital f7

hospital f8

hospital f9

hospital f10

hospital f11

hospital f12