Model Nissan Skyline GT-R R34 merupakan salah sebuah kereta JDM yang menjadi tumpuan peminat kereta eksotik tidak kira lapisan umur. Walaupun harganya mencecah ratusan ribu ringgit, masih ramai sanggup mengeluarkan sejumlah besar wang bagi memiliki kereta tersebut.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu hantaran mahu menjual sebuah Nissan Skyline GT-R R34 V Spec yang turut dilengkapi dengan NOS. Difahamkan kereta ini telah diubah suai semula mengikut spesifikasi model kereta R34 yang pernah digunakan oleh mendiang Paul Walker dalam filem Fast & Furious.

Kereta legenda Skyline R34 ini pernah dijadikan sebagai salah sebuah kereta pameran semasa kehadiran adik mendiang Paul Walker, Cody Walker dalam satu acara amal Drive4Paul pada tahun 2019 lalu.

Ramai peminat kereta JDM terkejut apabila kereta Skyline R34 yang satu masa dahulu boleh dibeli pada harga sekitar kurang RM200,000 tetapi pada hari ini ia telah menjadi sebuah kereta yang lebih berharga dan mahal berbanding model terbaharunya Nissan GT-R R35.

vocket-orang-ramai-terkejut-nissan-gt-r-r34-2
Sumber Gambar: Facebook Zaid Musa
vocket-orang-ramai-terkejut-nissan-gt-r-r34-7
Sumber Gambar: Facebook Zaid Musa
vocket-orang-ramai-terkejut-nissan-gt-r-r34-6
Sumber Gambar: Facebook Zaid Musa
vocket-orang-ramai-terkejut-nissan-gt-r-r34-5
Sumber Gambar: Facebook Zaid Musa

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana sebuah kereta buatan Jepun yang sudah berusia lebih 20 tahun ini boleh dijual pada harga tinggi?

Menurut Greg Anagnostopoulos, pemilik kedai pakar restorasi pelbagai model Nissan Skyline terletak di New York, model Skyline R34 menjadi bernilai kerana dari segi budaya dan nilai artistik.

“Apabila kereta ini berumur 25 tahun nanti, kita akan lihat harganya akan meningkat lebih tinggi berbanding model-model Skyline yang sebelumnya,” tambahnya lagi.

Sekiranya anda peminat kereta JDM dan mahu memiliki kereta seakan sama dengan model yang pernah digunakan oleh mendiang Paul Walker, bolehlah hubungi penjual ini melalui Facebook.

Walaupun usia Nissan Skyline R34 melebihi 20 tahun, ia tetap menjadi sebuah kereta ‘kegilaan’ satu dunia. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Nissan Skyline R34 GT-R, Legenda JDM Yang Semakin ‘Mahal’ Walaupun Cecah Usia 20 Tahun

Lelaki Ini Sanggup Jual Nissan GTR Miliknya Untuk Biayai Dana Kerja Amal

 

Sumber