Populariti Allahyarham Seniman Agung P Ramlee tidak dapat disangkal lagi. Hampir setiap generasi membesar melihat filem P Ramlee di kaca TV.

Cukup menarik perhatian apabila seorang warga emas berbangsa cina yang merupakan peminat tegar P Ramlee sering mendendangkan lagu yang pernah dinyanyikan oleh P Ramlee satu ketika dahulu.

Menurut laporan Bernama, warga emas itu bernama Ng Kim Soi dan memiliki sebuah perniagaan iaitu Kedai Gunting Rambut Ah Kim di Jalan Dato Undang di Rembau. Setiap kali beliau menggunting rambut pelanggan, para pelanggan akan dihiburkan dengan nyanyian beliau persis nyanyian P Ramlee.

https://www.instagram.com/p/0b_oawu0l2/

Tidak hairanlah beliau dipanggil ‘P Ramlee Rembau’ oleh masyarakat setempat dan kedai gunting rambut miliknya dikenali sebagai Kedai Gunting Rambut P Ramlee.

Difahamkan, beliau mula meminati untuk belajar menyanyi mengikut alunan lontaran suara seperti P Ramlee itu semenjak berusia 16 tahun dan menjadikan P Ramlee sebagai idolanya. Oleh kerana kehidupan beliau dikelilingi dengan masyarakat Melayu, lagu-lagu Melayu dilihat tidak asing baginya.

https://youtu.be/Xu-WTPlsAao

Malah, antara lagu kegemarannya ketika mengunting rambut pelanggan adalah ‘Jangan Tinggal Daku’ dan ‘Getaran Jiwa’ kerana ia juga merupakan lagu yang sering diminta oleh pelanggan.

Jujur kami katakan bahawa ini adalah sesuatu yang unik kerana bukan sahaja anda dapat menggunting rambut, tetapi anda juga akan dihiburkan dengan dendangan lagu yang mengimbau nostalgia. Adakah anda pernah menggunting rambut anda di sini?

Sebut tentang mengimbau nostalgia, sos Aminah Hassan kegemaran ramai ketika dahulu kini telah kembali? Klik pautan di bawah untuk ketahui sebab sebenar sos Aminah Hassan menghilang.

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan

Sumber