Pasti anda tahu akan isu yang berlaku baru-baru ini yang melibatkan Domino’s Pizza. Bagi anda yang tidak tahu, sebelum ini tular isu dimana seorang lelaki telah dituduh hack’ sistem pesanan Domino’s Pizza dan telah disoal siasat polis.

Berikutan itu, pihak Domino’s Pizza telah memohon maaf kepada lelaki tersebut melalui Facebook rasmi Domino’s Pizza. Walau bagaimanapun, permohonan maaf tersebut dikatakan tidak ikhlas oleh netizen.

Malah, rata-rata netizen pertikaikan cara Domino’s Pizza memohon maaf. Oleh yang demikian, pihak Domino’s Pizza telah tampil dengan satu video permohonan maaf yang baharu.

Video tersebut menampilkan timbalan presiden Domino’s Pizza, Shamsul Amree dimana beliau menjelaskan keadaan yang telah berlaku. Menurutnya, pihak Domino’s Pizza telah berjumpa dengan lelaki tersebut iaitu Zakry Khairudean dan memohon maaf serta menjelaskan perkara tersebut.

Beliau juga meminta maaf kepada Zakry Khairudean dan semua pelanggan Domino’s Pizza dalam video tersebut. Apa yang menjadi perhatian netizen adalah cara permohonan maaf timbalan presiden Domino’s Pizza yang kelihatan seperti seorang pembaca berita.

photo_2019-10-01_13-55-24

photo_2019-10-01_13-55-19

Nampaknya isu ini sudah diselesaikan dengan baik. Jika anda terlepas apa yang terjadi, klik pautan di bawah untuk membaca lebih lanjut tentang isu ralat sistem pesanan Domino’s.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Disiasat Polis Kerana Dituduh ‘Hack’ Sistem Pesanan Domino’s

Netizen Pertikai Cara Domino’s Pizza Mohon Maaf Pada Pelanggan