Siapa di sini peminat Harry Potter? Jika anda peminat Harry Potter dan berkunjung ke Perak, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sebuah kafe ini.

Daripada sebuah bangunan terbiar yang memiliki nilai sejarah tersendiri, kini ia adalah sebuah kafe yang diinspirasikan daripada filem Harry Potter. Kafe Platform 9 1/2 ini pasti akan membuatkan anda seperti berada di dunia magik.

Masih lagi mengekalkan struktur utama bangunan lama tersebut, kafe ini muncul dengan sedikit kelainan. Malah, setiap sudut di kafe tersebut sesuai untuk anda kaki bergambar untuk dikongsi di media sosial.

Butterbrew, aiskrim Butterscotch dan kopi merupakan menu signature kafe ini. Lagi-lagi butterbrew memang diinspirasikan daripada filem Harry Potter. Tengok sahaja sudah terliur!

74908147_134982047916051_9188508013491650560_o

https://www.instagram.com/p/B5c-D4jl14Q/

https://www.instagram.com/p/B5z7NrAH_s4/

Kafe ini terletak di berdekatan lorong Concubine yang penuh dengan kedai hipster. Untuk pengetahuan anda, kafe ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang tetapi pada hari Jumaat dan Sabtu dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam. Potterhead pasti teruja untuk serbu ke kafe ini.

Tidak tahu ingin ke mana di Perak? Klik pautan di bawah ini untuk ketahui tempat yang anda boleh kunjungi di Perak.

Gopeng Glamping Park, Destinasi ‘Outdoor’ Baharu Yang Menarik Di Perak

Movie Animation Park Studio Di Perak Dah Buka. 13 Tip Sebelum Anda Ke Sana

8 Tip Buat Anda Yang Nak Cuba Bercuti Di Tasik Banding, Perak