Sebut sahaja Santorini, semestinya anda sudah terbayang kecantikan bangunan-bangunan, lautan dan banyak lagi yang memukau mata anda. Kita semua tahu, kos untuk ke sana bukanlah murah dan tidak semua mampu.

Tahukah anda ada sebuah resort di Melaka yang bawakan ‘vibes’ Santorini ke dalam resort. Terletak di Pengkalan Balak Melaka, The Amanjena Resort yang baru sahaja dibuka akan memberikan anda 1001 kenangan manis apabila berkunjung ke sini.

117954134_2878655222460840_652866070393711020_n

118247961_2878655255794170_2216503364978802428_n

117669592_2878655465794149_5161629500588896299_n

Rekaan resort ini hadir dengan rona putih dan biru menambahkan lagi ‘feeling’ seperti berada di Santorini. Malah, rekaannya yang moden dan berbeza daripada resort di Malaysia sudah cukup menjadikan ia istimewa.

Tidak hanya itu, setiap ruang di resort sangat cantik dan sesuai untuk kaki Instagram bergambar dari dalam bilik hinggalah ke luar. Memang ‘awesome’! Kolam renang merupakan antara ‘highlight’ dalam kriteria untuk mencari tempat penginapan, jadi resort ini juga tampil dengan kolam renang dan pantai.

118187668_2878655582460804_8000651938836364660_n

118281553_2878655629127466_1231225485028280613_n

117871498_2878655889127440_1088222314723782160_n

116611587_138144271284182_8858920854310577990_n

Kiranya memang sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Menurut tinjauan kami, harga penginapan satu malam di resort ini bermula dari RM380 sahaja. Buat anda yang berminat, anda boleh membuat tempahan di sini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa penginapan lain di Melaka yang mungkin anda berminat untuk terjah pada pautan di bawah ini.

5 Hotel Mewah Tetapi ‘Murah’ Di Melaka

Rumah Kayu Melayu Ini Antara Homestay ‘Cool’ Anda Boleh Sewa Di Melaka Pada Harga RM150

The Shore Oceanarium Melaka, Destinasi Percutian Yang Ideal Bersama Keluarga