Ketika awal menonton iklan ini, kami ingatkan ianya sebuah filem atau drama yang akan muncul di pawagam. Rupanya, ia adalah iklan hebat model Daihatsu Sirion (dikenali sebagai Myvi di Malaysia) untuk pasaran Indonesia!

Cara Daihatsu ‘menjual’ model ini juga tidak keterlaluan dan membuatkan sesiapa yang menonton iklan ini melekat hingga ke minit akhir. Semua mahu mengetahui apa kesudahan kisah cinta antara ‘Amet Metal’ dan gadis idamannya, Mira.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai yang memuji iklan ini yang fun dan membuatkan ramai yang berminat untuk membeli model ini. Ingat, walau ‘metal’ mana anda sekali pun, jangan takut untuk berubah.

Iklan berkonsep lain daripada yang lain memang mudah untuk melekat di hati. Ini beberapa contoh iklan hebat lain yang anda pasti ingat sampai ke hari ini

Netizen Terhibur Dengan Iklan ‘Pelik’ Cristiano Ronaldo Untuk Shopee

Lihat 28 Iklan TV Tempatan Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu

Tonton Iklan Raya TNB ‘Konvoi Epik Fantastik’ Yang Cukup Meriah