Negara kita boleh dianggap sebagai salah satu contoh terbaik dalam menangani pandemik COVID-19 yang turut melanda seluruh dunia ketika ini.

Malah kami juga pernah bercerita bagaimana masyarakat negara luar memandang tinggi akan kebolehan semua pihak di negara kita berhadapan dengan situasi getir ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun pendapat itu sepertinya tidak dipersetujui oleh semua termasuk seorang ahli politik dari Taiwan, Li Zheng Hao yang dikatakan mengkritik cara kerajaan negara kita menangani wabak ini.

Beliau dikatakan mengkritik Malaysia secara terbuka dalam satu temu bual yang disiarkan dalam salah satu rancangan TV di sana.

Menurut Khairul Azri, berikut adalah empat initipati ataupun kenyataan yang dikeluarkan ahli politik tersebut ketika dalam sesi temu bual itu berlangsung.

1. Polis Malaysia kasar dan ganas dalam handle rakyat Malaysia, dia paparkan video latihan PDRM kononnya itulah cara PDRM menangkap orang awam tak nak mematuhi Lockdown untuk mengambarkan kononnya polis Malaysia ekstrim.

2. Lepastu dia paparkan scene ratusan tong oksigen bersusun yang kononnya keadaan kat hospital ramai teruk gila, padahal video tu video kat Indonesia.

3. Dia juga amik video viral dari Twitter yang memaparkan kakitangan Hospital di Kelantan buat PPE dari plastik sampah kononnya teruk gila dah hospital di Malaysia tak cukup PPE, walhal kan isu PPE ni dah selesai dan ianya hanya sementara saja.

4. Yang paling teruk dia sembang sebab Malaysia ni negara Islam, jadi yang terkorban sebab Covid19 tak boleh dibakar. Dan sebab ramai sangat mati, sampai malam pun orang tanam mayat, dan dia siap kata mayat tu semua tanam tepi jalan..paling kelakar dia bagi alasan dia ingat tepi jalan lah sebab dia tak nampak ada batu-batu kubur besar macam kat jirat Cina.

Diserang ‘Geng Bawang’ Malaysia

Jika anda masih belum tahu,netizen di Malaysia atau juga dikenali sebagai onion army ataupun geng bawang di media sosial sangat sensitif jika terdapat sesuatu komen yang dilemparkan oleh masyarakat negara luar terutamanya berkaitan makanan dan budaya.

Mereka ini akan berusaha berhabis-habisan untuk mempertahankan maruah negara kita melalui papan kekunci masing-masing dan memastikan negara kita mendapat pengikitirafan yang sepatutnya.

Seperti dijangka, tindakan ahli politik dari Taiwan yang mengkritik cara pihak berkuasa Malaysia menangani COVID-19 di negara kita akhirnya memakan dirinya sendiri apabila Facebook beliau akhirnya diserang netizen-netizen dari Malaysia.

Melalui semakan yang dibuat pihak kami, ruangan komen dalam kiriman permohonan maaf beliau di Facebook sudah mendapat hampir 100,000 komen. Atau lebih tepat lagi sebanyak 98,000 dengan rata-rata komen yang ditinggalkan datang dari netizen Malaysia.

Anda pasti akan terkejut jika melihat komen-komen yang diberikan netizen tanpa mengira latar belakang kaum ini mempertahankan pihak-pihak yang bertanggungjawab menangani COVID-19 di negara kita ini.

komen4 komen3 komen2 komen 1

Melihat kepada tindak balas yang diberikan ‘Geng Bawang’ ini sudah pasti kita tidak perlu risau sekiranya ada anasir-anasir luar yang cuba untuk merendah dan memperlekehkan kemampuan negara kita selepas ini.

Sikap bersatu-padu yang ditunjukkan netizen dalam menegakkan kebenaran mengenai situasi terkini COVID-19 di negara kita juga menunjukkan semangat perpaduan dan bersatu hati rakyat Malaysia terutama dalam berhadapan dengan waktu sukar ketika ini.

Baca perkongsian kami sebelum ini tentang bagaimana Malaysia dipandang tinggi dalam menangani situasi COVID-19 ketika ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Profesor Dari Amerika Syarikat Ini Puji Cara Malaysia Tangani COVID-19

Malaysia Bakal Dilanda Tsunami Gelombang Ketiga COVID-19?