Nota Editor: Persoalan ini asalnya ditulis oleh seorang usahawan tani yang meminta dirahsiakan namanya. Semoga sedikit nota ini membantu anda untuk membuat keputusan lebih tepat dalam bisnes pada masa akan datang.

Dekat kawasan saya ada dua kedai runcit lama. Semakin lama barang dalam kedai semakin sedikit. Boleh kata bisnes sedang makan modal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tak lama lepas tu ada orang Acheh buka kedai runcit juga. Makin lama barang makin banyak. Orang mula pergi kedai ni kerana barang lengkap.


Gambar hiasan. Kredit: Pakde Noran Mengembara

Kenapa? Why? Bakpo gitu boh?

Cash flow orang Acheh tu tidak bocor. Duit untung buat pusing modal untuk tambah stok barang.

Owner dua kedai runcit lama tu pula bocor dekat kereta baru. Bila untung tak dapat sokong, terpaksa makan modal. Barang pun berkurangan.

Saya harap kedua-dua owner kedai runcit lama tidak keluarkan ayat ini:

“Orang Melayu tidak sokong Melayu.”

“Orang asing mula menjajah ekonomi kita.”

“Sokonglah produk bumiputera.”

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram