Filem yang dinantikan Star Wars akhirnya menemui peminat melalui filem kesembilan siri ini. Lebih dua minggu ditayangkan di pawagam, Rise of Skywalker ternyata memberikan pelbagai reaksi di kalangan penonton dan tidak kurang juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Antara persoalan utama yang menjadi tanda tanya di kalangan penonton sesudah menonton filem ini sudah pastinya pemberitahuan ‘perkara penting’ Finn kepada Rey di dalam filem.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
star-wars-force-awakens
Sumber: Film

Sekiranya anda belum menonton filem terbaru Star Wars ini, kami nasihatkan untuk anda berhenti membaca setakat ini sahaja kerana dikhuatiri bakal merencatkan pengalaman anda menonton filem ini.

Pada awal filem ini, Rey, Finn bersama rakan-rakan yang lain nampaknya telah ditelan bumi sekaligus membuatkan mereka jatuh ke sebuah tempat yang baru. Sekiranya anda masih ingat sewaktu scene mereka ditelan bumi, Finn dengan panik menyatakan ingin memberitahu ‘sesuatu’ kepada Rey namun tidak sempat.

Perkara yang ingin disebutkan Finn kepada Rey nampaknya ditangguhkan dan berlanjutan sehingga filem tamat membuatkan para penonton tertanya-tanya. Malah, muncul pula beberapa teori dan spekulasi yang sebenarnya Finn ingin meluahkan cintanya terhadap Rey.

the-rise-of-skywalker-jj-abrams-interview
Sumber: Collider

Walau bagaimanapun, spekulasi berikut ternyata tidak tepat sesama sekali setelah pengarah filem ini iaitu J.J Abrams di dalam sebuah temubual baru-baru ini menceritakan perkara sebenar.

Difahamkan perkara penting yang ingin Finn nyatakan pada Rey adalah kemampuan dirinya sendiri untuk mengesan force atau dalam erti kata lain Finn adalah ‘Force-sensitive’.

Mengulas mengenai mengapa babak ini tidak disertakan di dalam filem, J.J Abrams mengatakan tidak ada keperluan untuk menyertakannya memandangkan beliau tidak mempunyai hala tuju mengenai persoalan yang ingin dinyatakan Finn.

https___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_191129092934-01-star-wars-the-rise-of-skywalker-grab
Sumber: CNN

Kemungkinan besar perkara ini disebabkan Rian Johnson selaku pengarah filem kelapan Star Wars: The Last Jedi telah mengubah pelan asal J.J Abrams atau ia adalah sebahagian daripada gimik J.J Abrams sendiri.

Star Wars: Rise of Skywalker kini masih ditayangkan di pawagam. Kongsikan bersama kami adakah filem ini merupakan filem terbaik dalam siri ini atau sebaliknya.

Langkah berani gadis ini memakai pakaian Star Trek ke tayangan Star Wars telah berjaya mencuri perhatian ramai. Turut dikongsikan, ‘periuk nasi’ bertemakan Star Wars khas buat para peminat.

Gadis Ini Hadir Ke Tayangan Star Wars Dengan Seragam Filem Star Trek

‘Periuk Nasi’ Eksklusif Bertemakan Watak Star Wars Bakal Dilancarkan Disember Ini

 

Sumber