Angry Birds merupakan karakter yang menjadi kesukaan kanak-kanak di seluruh dunia. Bermula daripada sebuah permainan video dan kemudiannya diadaptasi kepada sebuah filem menjadikan ia satu kegilaan ramai kanak-kanak.

Taman tema air tersebut telah dibuka pada 22 November 2019 di Setia Ecohill, Semenyih dan hanya dibuka pada tarikh-tarikh tertentu seperti pada hujung minggu dan cuti umum. Malah, sebanyak 2,000 tiket sahaja akan dijual setiap hari kepada pengunjung bagi memastikan kualiti pengalaman terjamin.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

The grand opening of the world’s first Angry Birds Splash Waterworld, a collaboration between Finland’s Rovio…

Posted by S P Setia on Thursday, 21 November 2019

Terdapat pelbagai tarikan di sini seperti permainan gelongsor air dan halangan yang tampil dengan karakter Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle, Terence serta paling menarik gelongsor setinggi 12 meter yang pasti membuat anda seronok.

Jika anda berminat untuk ke sini, harga tiket masuk untuk dewasa RM53, manakala kanak-kanak dan warga emas adalah RM40.28 sahaja. Untuk berjimat, anda boleh beli tiket Family Combo (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) yang berharga RM167.48 sahaja.

Anda boleh membeli tiket di sini dan untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang ini. Jangan lepaskan peluang anda kerana taman tema ini hanya akan dibuka selama dua bulan sahaja.

Tidak tahu ingin bawa anak-anak anda ke mana untuk cuti sekolah ini? Kami senaraikan beberapa tarikan di Malaysia yang anda boleh kunjungi.

Train To Busan Antara Tarikan ‘Awesome’ Terbaharu Di Genting Highlands Yang Anda Wajib Cuba

‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun

Gopeng Glamping Park, Destinasi ‘Outdoor’ Baharu Yang Menarik Di Perak

Anda Mungkin Suka