Apabila sebut Subang, mesti anda sudah terbayang kafe-kafe hipster di sana yang tumbuh bak cendawan terutama sekali ketika rakyat Malaysia tengah hype dengan minuman teh boba.

Bukan mahu bercerita tentang teh boba tetapi kami ingin beritahu satu berita yang bakal buat peminat siri animasi Initial D berasa teruja dan gembira. Mana tidaknya, sebuah kafe iaitu ‘Fujiwara Tofu Shop’  seperti dalam Initial D bakal dibuka di Subang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CCOEFi4MebR/

Ketika ini, kafe ini masih belum lagi dibuka pada umum dan dijangka akan dibuka pada Oktober 2020. Buat anda yang tidak tahu, Initial D merupakan sebuah siri animasi terkenal yang diadaptasi dari komik mengisahkan tentang perlumbaan jalanan di Jepun.

Kedai asal di Jepun terkenal dengan penjualan aksesori dan mainan kereta tetapi ‘Tofu Shop’ ini juga akan menampilkan kafe berkonsepkan Initial D di mana pelanggan boleh bersantai, minum, makan, dan berbual. Sama-sama kita nantikan pembukaannya.

Sementara itu, sebuah kafe di Petaling Jaya dianggap kilang. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Disangka Kilang, Ini Kafe ‘Rare’ Berkonsepkan Industrial Bakal Jadi Port Lepak Anda

‘View’ Cantik Dan Suasana Romantik, Kafe Di Bukit Ampang Ini Bakal Jadi Tumpuan Ramai

Tidak Perlu Ke Thailand, Restoran Thai Di Ampang Ini Tawar Keunikan Hantar Makanan Guna Bot Laju