Perak merupakan antara destinasi pilihan ramai untuk ‘day trip’ hanya untuk cari tempat makan yang best dan sedap. Percaya atau tidak jika kami katakan jika anda boleh makan di restoran dalam gua? Pasti anda bayangkan gua gelap dan penuh dengan haiwan, bukan?

Terletak di Ipoh, restoran yang dikenali sebagai Jeff’s Cellar merupakan sebuah restoran milik The Banjaran Hot Springs. Menariknya, anda akan dapat nikmati makan malam dengan suasana romantik dalam gua batu kapur.

Tidak dapat dinafikan bahawa suasana dalam gua ini yang tenang, pencahayaan yang memberikan rasa hangat dan gabungan alam semulajadi membuatkan anda dapat merasai pengalaman makan malam yang istimewa.

Sebelum terlupa, restoran Jeff’s Cellar ini tidak membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun untuk makan di sini. Bagi anda yang ingin cuba untuk nikmati makan malam atau ‘propose’ pasangan, anda boleh berkunjung ke sini.

https://www.instagram.com/p/BnG9QEeHvNF/

Difahamkan, restoran Jeff’s Cellar ini dibuka setiap hari pada jam 6 petang sehingga 11 malam. Para pengunjung perlu berpakaian smart casual ketika berada dalam restoran ini. Untuk maklumat lanjut dan buat tempahan, anda boleh layari laman sesawang ini.

P/s: Hasil tinjauan kami mendapati restoran ini ‘pork-free’ tetapi menghidangkan wine.

Sementara itu, buat anda yang ingin bercuti ke Perak, kami kongsikan destinasi yang anda boleh kunjungi pada pautan di bawah ini.

Persis Seperti Di Hogwarts, Lihat Kafe Konsep Harry Potter Di Ipoh

Gopeng Glamping Park, Destinasi ‘Outdoor’ Baharu Yang Menarik Di Perak

8 Tip Buat Anda Yang Nak Cuba Bercuti Di Tasik Banding, Perak