Kepelbagaian kaum dan bangsa yang tinggal di Malaysia telah menjadi satu ‘kekaguman’ buat negara luar negara apabila melihat keharmonian yang kita kecapi bersama.

Tinggal lagi dua minggu kaum Cina akan meraikan Tahun Baru Cina dan kebanyakkan pusat beli-belah di seluruh negara telah siap dekorasi yang kreatif dan menarik di dalamnya sejak akhir Disember lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Seorang gadis campuran British dan Republik Czech, Nicole meluahkan rasa kagum apabila melihat dekorasi Tahun Baru Cina yang ada di dalam pusat beli-belah Suria KLCC.

“Saya tidak pernah lihat perkara seperti ini sepanjang hidup saya. Pernahkah awak lihat pusat beli-belah bersungguh-sungguh untuk meraikan festival perayaan?” kata Nicole.

@nicolecrewe

I feel like this can be only seen in Malaysia. 🥰 Love the shopping mall decorations! #malaysia #malaysiatiktok #travel #traveltiktok #fyp #foryoupage #foryou

♬ original sound – N

Di ruangan komen hantaran TikTok @nicolecrewe itu, netizen mengakui rakyat negara ini sangat mengambil serius setiap kali musim perayaan tiba, tanpa kira kaum dan bangsa.

Ada yang bertanya kepada Nicole adakah benar di negaranya tidak mempunyai dekorasi perayaan seperti ini, Nicole menjawab memang tiada. Oleh sebab itulah dia berasa sangat kagum apabila melihat dekorasi perayaan ada di Malaysia.

Orang ramai turut mencadangkan Nicole untuk pergi ke beberapa lagi pusat beli-belah terkemuka di sekitar Lembah Klang untuk melihat sendiri kecantikan dan kreativiti pelbagai dekorasi yang dipamerkan.

Sumber Gambar: TikTok @nicolecrewe
Sumber Gambar: TikTok @nicolecrewe

Sebahagian netizen turut mendakwa mereka sanggup pergi ke beberapa pusat beli-belah yang lain untuk melihat dekorasi dan merasai vibes sesuatu perayaan.

Pada tahun ini sambutan Tahun Baru Cina akan jatuh pada 22 Januari, iaitu hari Ahad dan zodiak haiwan untuk tahun ini ialah Arnab.