Sejak sekian lama dihalang dari mendarat di bumi Riyadh, Arab Saudi, tahun ini telah menyaksikan pesawat Israel berjaya mendarat secara rasmi di bumi berkenaan buat pertama kali dalam sejarah.

Menerusi laporan daripada The Jurusalem Post, sejarah terbaru ini tercipta selepas pesawat Emirati 737 Royal Jet berjaya mendarat di lapangan terbang Ben-Gurion, Israel pada Isnin petang lalu.

Difahamkan, pendaratan pesawat dari dua buah negara yang mendarat di lapangan terbang Arab Saudi dan Israel ini berjaya direalisasikan sejak Israel membuat perjanjian bagi menjalin hubungan baik bersama empat negara Islam iaitu UAE, Bahrain, Maghribi dan Sudan.

Delegasi UAE yang melambai tangan kepada pesawat milik Israel pada September lalu. Sumber: Jurusalem post

Untuk pengetahuan, sebelum pembukaan ruang udara Arab Saudi, pesawat Israel terpaksa melalui laluan yang lebih lajuh dan berliku untuk ke Mumbai bagi mengelakkan daripada memasuki ruang udara Arab Saudi. Perjanjian yang termeterai sekaligus menjimatkan dua jam perjalanan dari Tel Aviv.

Meskipun masih belum terdapat penerbangan komersial antara Arab Saudi dan Israel ketika ini, pendaratan pesawat Israel di tanah Arab Saudi turut menjadi simbolik kepada pembukaan ruang udara antara satu sama lain. Pembukaan ruang udara ini turut membenarkan pelancong Israel dalam mendapatkan penerbangan secara terus ke Dubai, Maghribi dan Bahrain.

Sementara itu, beberapa negara lain seperti Afghanistan, Algeria, Bangladesh, Brunei, Iran, Iraq, Kuwait, Lubnan, Libya, Malaysia, Maghribi, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Syria, Tunisia dan Yaman antara yang masih konsisten dalam menghalang kemasukan pesawat Israel secara rasmi.

Minggu ini turut menyaksikan cubaan Mohammed Bin Salman yang mahu membawa Arab Saudi ke arah lebih terbuka dan liberal.

Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Liberal

Arab Saudi Tangkap Seorang Ustazah Kerana Berdakwah Dan Mengajar Al-Quran Di Rumah

Putera Mahkota Saudi Kena ‘Main’, Beli Lukisan Palsu Dipercayai Milik da Vinci Pada Harga RM2 Bilion