Kemalangan melibatkan kereta model Tesla bukanlah satu perkara asing di dunia, sehinggakan banyak pihak mempersoalkan keberkesanan teknologi yang ada pada kereta elektrik tersebut.

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam sebuah Tesla berwarna merah yang tiba-tiba ‘refleks’ merempuh Proton Saga yang berada di sebelah kirinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam rakaman video berdurasi satu minit itu, ketika Proton Saga berada di lorong tengah ‘termasuk’ sedikit ke lorong kanan, kereta Tesla itu secara tiba-tiba seperti hilang kawalan lalu merempuh bahagian hadapan Proton Saga itu sehingga melanggar penghadang jalan.

@

♬ –

Menurut salah seorang saksi, Marazwaniza Helmi berkata dia dan keluarganya berada tidak jauh dari tempat kejadian kerana tayar kereta mereka meletup. Lima minit selepas mereka berhenti di tepi jalan, kemalangan tersebut berlaku.

Marazwaniza bersama pemandu Tesla dan pemandu lori segera melihat keadaan pemandu Proton Saga itu. Difahamkan pemandu lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius, namun nampak seperti trauma ekoran kemalangan yang berlaku dalam sekelip mata.

Dia juga membantu menelefon telefon mangsa untuk mencari telefon yang tercicir dalam kereta. Selepas kereta towing sampai, dia kembali semula ke keretanya untuk menukar tayar keretanya yang pecah.

Tambahnya lagi, dia menafikan komen-komen yang dikongsikan segelintir netizen di video TikTok mendakwa mangsa-mangsa dalam kereta Saga itu meninggal dunia. Sebaliknya hanya ada seorang pemandu sahaja di dalam kereta ketika kejadian itu berlaku.

Ramai mendakwa kemalangan itu terjadi ekoran mod auto-pilot diaktifkan. Kereta Tesla mengelak Proton Saga secara automatik sebelum pemandu gagal mengawal stereng sehingga melanggar kereta yang berada di sebelahnya.

Untuk makluman, PDRM telah mengeluarkan kenyataan larangan penggunaan mod auto-pilot di Malaysia.

Kenyataan itu dibuat berikutan ada pemilik Tesla dari Singapura mengaktifkan mod berkenaan ketika masuk ke dalam negara ini pada tahun lalu.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.