Seringkali kita mengetahui sesebuah pertandingan diadakan bagi mencari mereka yang berbakat dan terhebat manakala pertandingan melibatkan paras rupa pula diadakan bagi mencari mereka yang tercantik dan mempunyai personaliti yang menarik.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila sebuah pertandingan telah diadakan di Sabah dalam mencari para lelaki yang mempunyai saiz ukur lilit perut terbesar melalui pertandingan perut buncit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini dibuka buat para lelaki dengan umur penyertaan 30 tahun dan ke atas. Menariknya, pertandingan ini turut menawarkan wang tunai buat para pemenang dimana para pemenang bakal menerima RM400.

spare tire and men
Sumber: intergris

Difahamkan pertandingan ini diadakan bagi meraikan mereka yang mempunyai perut buncit sekaligus sebagai inisiatif dalam membuang sikap dan tindakan body shaming yang kerap dibincangkan ketika ini.

Buat anda yang berminat serta mempunyai kemampuan untuk turut serta, anda boleh menyertainya pada 1 Disember ini bertempat di Kompleks Sukan Beaufort, Sabah.

Pada tahun lalu, gadis Melayu ini mencipta sejarah apabila menyertai pertandingan ratu cantik yang diadakan di New Zealand. Turut dikongsikan adalah kejayaan pelajar Malaysia dalam merangkul lima pingat di Pertandingan Robotik Antarabangsa baru-baru ini. 

Gadis Melayu Cipta Sejarah Sertai Pertandingan Ratu Cantik Di New Zealand

Tewaskan Jepun Dan Korea Selatan, Pelajar Malaysia Rangkul 5 Pingat Di Pertandingan Robotik Antarabangsa

Sumber