Setelah logo Visit Malaysia 2020 dikecam hebat warganet berikutan rekaan logonya yang kelihatan tidak menarik dan outdated, kini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengadakan pertandingan mencipta logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 selama 14 hari bermula 11 Mac ini hingga 24 Mac 2019.

Ini merupakan peluang yang baik buat anda diluar sana untuk menunjukkan kreativiti anda dalam menghasilkan logo. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada anda yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta setiap seorang hanya dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja.

Menurut Menteri Perlancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata rekaan logo harus melambangkan seni budaya masyarakat Malaysia dan ke arah Malaysia baharu selain perlu digemblengkan dengan logo Malaysia Truly Asia.

Malah, ia harus mempunyai reka bentuk logo dan rasional yang menonjolkan kepelbagaian produk-produk eko pelancongan yang menarik di Malaysia serta perlu menggunakan perkataan bahasa Inggeris kerana ia melibatkan pasaran antarabangsa manakala rasional logo pula hendaklah dikemukakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pemenang akan diumumkan pada 12 April 2019 dan pemenang akan mendapat sijil dan hadiah wang tunai RM1,000 hingga RM3,000 disediakan untuk tiga penyertaan terbaik serta RM250 masing-masing bagi lima pemenang sagu hati.

Sumber