Umum mengetahui bahawa buku teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sangat penting sebagai sumber rujukan sesuatu pelajaran terutamanya kegunaan bagi para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini.

Intipati buku rujukan teks yang bagus semestinya memerlukan hasil penulisan serta buah fikiran daripada para penulis yang terbaik di Malaysia. Terkini, pihak Dewan Bahasa dan Pusaka telah menganjurkan satu pertandingan menulis buku teks untuk kegunaan tahun 2022. Iklan tersebut telah dipromosikan menerusi perkongsian tweet di laman rasmi Twitter Dewan Bahasa dan Pustaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pertandingan tersebut terbuka kepada semua calon penulis yang berkebolehan dan berpengalaman. Namun perasaan ketidakpuasan mula hadir dalam kalangan netizen di Twitter di mana penganjuran pertandingan tersebut sememangnya tidak patut dilaksanakan kerana sukatan buku teks perlu dihasilkan oleh mereka yang pakar.

Netizen juga meminta perlaksanaan pertandingan ini perlu dipertimbangkan kerana rata-rata mereka menganggap pertandingan ini seolah-olah mempergunakan peserta demi kepentingan pihak DBP sendiri.

Tambahan pula, menerusi ciapan tersebut, para peserta (secara berkumpulan) yang ingin menyertai perlu membeli dokumen sukatan pelajaran berharga RM50.00 dan ianya seolah-olah pihak DBP memanfaatkan peserta untuk meraih keuntungan.

Berikutan itu, pertandingan ini juga dikatakan sangat tidak adil kerana tiada paparan nilai wang tunai dalam poster pertandingan tersebut. Ia meragukan netizen serta bersangka buruk mengenai pertandingan ini.

Sudahlah ia perlu memiliki daya pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan karangan teks malah mereka juga berkehendak untuk menghasilkan ilustrasi buku teks. Berikut merupakan beberapa tweet daripada netizen yang berseloroh mengenai isu ini.

https://twitter.com/aminonati/status/1348488652335185921?s=20

https://twitter.com/zxexcelzior/status/1348519721491075072?s=20

Rata-rata netizen menyatakan hasrat kecewa mengenai pertandingan menulis buku teks ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Seandainya kekurangan tenaga kerja untuk menghasilkan buku teks, lebih baik sekiranya pihak DBP menyiarkan iklan jawatan kosong dan bukannya menganjurkan pertandingan demi keuntungan sendiri. Apa menurut anda?

Berikut merupakan beberapa pautan perkongsian daripada kami mengenai isu yang melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dijadikan Contoh Bila Kalah, Peribahasa DBP Buat Peminat Bola Sepak Tak Senang Duduk

Pantun DBP Cetus Perang Di Media Sosial, Dituduh Hina Wanita Dan Bersifat Seksis

Sebab Sebenar Mengapa Replika Buku Bangunan DBP Perlu Dirobohkan Selepas 20 Tahun

Sumber