Nampaknya pertarungan diantara dua jenama gergasi smartphone dunia iaitu Apple dan Samsung bakal diteruskan lagi dengan kehadiran industri baru di dalam automotif.

Samsung telah bekerjasama bersama Hyundai manakala Apple bersama Lexus masing-masing sedang membangunkan teknologi kereta pandu sendiri ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
kereta pandu sendiri yang bakal dipasangkan bersama teknologi apple

Difahamkan kerjasama bersama syarikat automotif ini bakal membolehkan Samsung dan Apple memfokuskan kepada teknologi semata-mata serta menyerahkan proses membangunkan model kereta kepada pihak yang pakar.

Melihat kepada syarikat-syarikat besar seperti Google, Uber, Samsung dan Apple ‘ghairah’ membangunkan teknologi kereta pandu sendiri ketika ini, kemungkinan industri ini bakal menjadi fenomena terbaru buat para pengguna menjelang 2020.

Mungkin sudah tiba masanya pengguna melepaskan satu persatu tugas harian kepada teknologi yang boleh dipercayai keberkesanannya. Dalam pada itu, Tesla muncul sebagai jenama kereta terawal yang sudah mengeluarkan modelnya dengan teknologi pandu sendiri untuk kegunaan umum.