Pada tahun 2013, pengarah hebat Guillermo Del Toro menghasilkan filem Pacific Rim dan secara dasarnya, ramai yang tidak mengambil serious tentang filem ini. Ramai yang berpendapat filem ini hanyalah filem yang mahu menumpang kegemilangan filem Transformers arahan Michael Bay.

Namun Del Toro mengejutkan ramai peminat filem dengan karya Pacific Rim ini. Ianya antara filem paling diingati untuk tahun 2013 dan rata-rata tidak sabar untuk menantikan sekuel filem ini. 5 tahun kemudian, barulah sekuel untuk filem ini siap untuk mengakhiri penantian para peminat siri ini.

Del Toro tidak di bangku pengarah (hanya producer untuk filem ini) untuk siri sekuel ini dan pengarah kurang ternama, Steven S. DeKnight mengambil tanggungjawab untuk mengarah filem ini. Menariknya, pelakon utama filem ini, John Boyega turut bertindak selaku salah seorang producer untuk Pacific Rim: Uprising. Jadi adakah sekuel ini lebih baik daripada yang pertama?

Sedikit sinopsis tentang Pacific Rim: Uprising. Filem ini mengambil tempat 10 tahun selepas peperangan besar pertama bersama Kaiju. Ketika ini, pilot hebat untuk mengawal para Jaegers hanya tinggal beberapa orang sahaja dan antaranya adalah Jake Pentecost (John Boyega) dan Nate Lambert (Scott Eastwood). Jake dan Nate ditugaskan untuk melatih pilot baharu untuk jaegers seandainya Kaiju kembali untuk menyerang bumi.

rim to

Satu syarikat dengan nama Shao Industries mahu menggantikan Jaegers ini dengan robot drone skala besar kerana ianya lebih mudah untuk dikawal dari jarak jauh. Konflik bermula apabila kehadiran satu jaeger misteri, Obsidian Fury menjadi pencetus kepada terbukanya kembali lohong untuk kauji kembali memunculkan diri di bumi. Bagaimana? Itu anda kena saksikan sendiri di pawagam.

Jadi adakah sekuel ini lebih baik daripada yang pertama? Pacific Rim: Uprising ini hampir kesemuanya muka-muka baharu kecuali Mako Mori (Rinko Kikuchi) dan dua saintis ‘gila’, Dr. Newt Geiszler dan Hermann Gottlieb. Gelagat dua saintis ini seperti filem yang pertama, sangat menghiburkan dan anda pasti akan rasa geram dengan Dr. Newt selepas menonton filem ini nanti.

Gandingan John Boyega dan seorang pelakon muda, Cailee Spaeny (memegang watak Amara Amani) memang terbaik dan dapat dilihat chemistry mereka bersama dalam filem ini. Dalam filem ini, baru anda akan faham kenapa John Boyega adalah antara aktor kulit hitam paling laris ketika ini. Lakonan beliau memang mantap dan penuh berkarisma dalam memegang watak beliau.

p rim 2

Pertembungan antara Jaegers dan Kaiju juga lebih hebat untuk karya sekuel ini. Nasib baik filem ini tidak jadi seperti filem Transformers yang banyak mengharapkan letupan-letupan besar untuk hidupkan filemnya yang semakin sendu.

Filem ini juga ada kekurangannya. Bagi saya, jika ditambah sedikit babak tentang pilot generasi baharu , ianya akan jadi lebih baik. Di dalam filem ini nanti, mereka akan terus jadi hebat untuk bertempur dengan para kaiju sedangkan pada awal filem, mereka digambarkan sebagai ‘masih lemah’ dan memerlukan lebih latihan.

Jika anda sukakanya Pacific Rim yang pertama, anda pasti akan sukakanya Pacific Rim: Uprising ini. Kami beri rating 9/10 untuk filem ini. Dalam filem ini, ada hint untuk filem yang seterusnya. Memang dah tak sabar untuk karya sekuel Uprising pula.

Tak perlu fikir lagi untuk tonton filem apa minggu ini. Pacific Rim: Uprising filem wajib tonton untuk bulan ini. Let’s go Jaegers!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group