Caesar & Co kembali ke pawagam selepeas perperangan besar antara manusia dan apes. Direktor Matt Reeves turut kembali ke kerusi pengarah dan menerusi banyak kritikan positif yang diterima hasil kerjanya dalam Dawn Of The Planet Of The Apes, ramai yang meletakkan harapan tinggi kepada Matt untuk menjayakan filem terbaru dari franchise hebat ini.

Franchise Planet Of The Apes memang ramai pengikutnya. Siri ini bermula sejak tahun 1968 dan nyata franchise ini nyata memberi impak kepada peminat filem. Tahukan anda nama jenama streetwear terkenal Jepun, A Bathing Ape mengambil inspirasi dari siri Planet Of The Apes ini? Nigo, pengasasnya memang sangat obses dengan Planet Of The Apes sehingga tagline jenama ini pun Ape Shall Never Kill Ape, hampir sama dengan dialog terkenal dalam siri ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cerita berkenaan BAPE ini hanya selingan. Saya cerita sedikit tentang sinopsis filem ini. Selepas peperangan manusia dengan apes disebabkan pemberontakan Koba, manusia dan puak monyet tidak lagi hidup aman damai. Manusia mahu melenyapkan puak monyet kerana bagi mereka, puak monyet ini satu ancaman kerana mereka semakin pandai. Manusia takut seandainya puak monyet menawan dunia satu hari nanti.

Anak lelaki Caesar dan pembantunya, Rocket telah menemui satu tempat baharu yang boleh dijadikan habitat baharu mereka. Mereka memerlukan tempat tinggal yang baru kerana ingin lari dari ancaman manusia serta memulakan hidup baharu.

Begitulah sinopsis untuk cerita ini. Jika bercerita lebih nanti jadi spoiler pula. Jadi saya akan membuat review semurni yang mungkin. Bagi yang tidak melihat dua filem ini yang terdahulu, tidak perlu risau kerana akan ada sedikit cerita di awal filem ini untuk refresh kembali atau memberi anda idea perjalanan filem ini. Jadi selepas anda tonton filem ini, anda boleh sahaja tonton kembali filem yang pertama dan kedua.

caesar 2

Kekuatan utama filem ini semestinya pada jalan ceritanya. Matt Reeves memang bijak bermain emosi penonton sepanjang masa sehingga anda boleh rasa simpati yang amat sangat kepada puak monyet. Elemen dramanya digarap rapi serta anda sendiri boleh rasa betapa peritnya puak monyet ini untuk survive dan terus hidup.

Andy Serkis yang melakonkan watak Caesar memang seorang aktor yang sangat-sangat hebat. Kalau anda tidak tahu, Andy adalah aktor yang sama melakonkan watak Gollum dan Smeagol dalam filem Lord Of The Ring. Disebabkan keberkesanan beliau melakonkan watak Smeagol, beliau dipanggil oleh produksi Planet Of The Apes untuk memegang watak utama, Caesar.

Anda boleh lihat dalam video ini bagaimana Andy berlakon untuk watak Caesar. Beliau sentiasa memberi 100% energy untuk setiap wataknya yang dipegangnnya. Ingat senang anda mahu berlakon pura-pura jadi monyet? Susah tahu.

Visual effect untuk filem ini memang sangat menakjubkan. Setiap perincian seperti bulu, mata dan pergerakan membuatkan kita rasa seperti monyet yang real berlakon untk setiap watak dalam filem ini. Kalau filem ini tidak menang kategori visual effect semasa Oscar nanti, saya pun tak tahu nak cakap apa. Bagi saya, efek CGI dalam filem ini adalah antara yang terbaik dan kemas untuk filem Hollywood setakat ini. Spider-Man: Homecoming pun saya masih rasa efek CGI-nya ada babak yang boleh lagi diperkemaskan tetapi tidak filem ini. Sepanjang masa ianya rasa sangat real dan natural.

caesar

Cinematography untuk filem ini juga sesuatu yang patut dipuji. Memang banyak betul cinematic scene yang hebat sepanjang filem ini. Matt memang menitikberatkan soal ini untuk memberi feel yang lebih untuk setiap scene. Saya suka satu babak Caesar dan temannya mengacu pistol ketika di dalam rumah. Bagi saya, memang sangat badass shot itu. Begitu juga ketika babak Caesar menunggang kuda.

Walaupun mood filem ini agak dark, anda akan dihiburkan dengan satu watak yang muncul secara tiba-tiba iaitu Bad Ape. Bad Ape memang seekor monyet yang riang dan mengejutkan, beliau boleh bercakap seperti Caesar. Gelagatnya yang bersahaja, clumsy dan unexpected sedikit sebanyak memberi warna kepada filem ini.

Tiadalah pertarungan andai tiada pihak manusia yang mencetuskan ketegangan. Pihak manusia diketuai oleh ‘The Colonel’ dilakonkan oleh Woody Harrelson. Satu tentang Woody adalah setiap filem yang ada Woody, filem itu pasti akan jadi hebat. Lihat sahaja lakonannya dalam Zombieland, Now You See Me dan banyak lagi. Woody menambah elemen wow factor ke setiap filem yang dilakonkannya dan begitu juga untuk filem ini. Watak beliau yang psiko memang sangat berkesan dan pasti buat anda benci gila kepada The Colonel ini.

WAR FOR THE PLANET OF THE APES

Jika perlu pilih satu perkataan untuk menerangkan tentang filem ini, saya akan pilih perkataan menakjubkan. Perkara-perkara yang saya karang di atas menjadikan filem ini hebat. Filem ini tidak seperti mana-mana filem Marvel yang penuh gelak tawa. Filem ini anda perlu hayati dan layan ceritanya. Kalau anda tidak minat, anda akan kata filem ini bosan.

Sebagai peminat setia yang ikut siri reboot ini dari Rise of the Planet of the Apes, saya beri rating 9/10. Mungkinkah siri ini akan diteruskan atau habis setakat ini sahaja? Matt Reeves kini berjaya menempatkan dirnya sebagai salah seorang direktor yang hebat di Hollywood ketika ini. Disebabkan itulah beliau dipilih untuk mengemudi filem The Batman yang akan datang. Harap-harap beliau dapat memberikan sentuhan magik kepada filem The Batman.

Jutaan terima kasih buat pihak 20th Century Fox yang sudi bekerjasama sekali lagi untuk Vocket Premiere untuk filem War for the Planet of the Apes ini. Ada rezeki kita jumpa lagi di #VocketPremiere yang akan datang. Akhir kata, ape shall not kill ape!