Kejadian tembakan rambang tersebut berlaku di ibu pejabat Youtube di California yang menyebabkan tiga mangsa cedera. Suspek wanita yang bertanggungjawab atas kejadian ini kemudiannya menembak dirinya dan dilaporkan maut di tempat kejadian.

Menurut laporan New York Times, Chief Ed Barberini dari San Bruno Police Department mengesahkan tiga oranga mangsa tembakan telah dihantar ke Hospital Awam Zuckerberg San Francisco. Jurucakap hospital melaporkan mangsa lelaki yang berusia 36 tahun berada dalam keadaan kritikal manakala dua lagi mangsa wanita yang berusia 32 tahun dan 27 tahun mengalami kecederaan serius.

https://www.youtube.com/watch?v=zQWZ5ryjz9A

Salah seorang pekerja yang dikenali sebagai Vadim Lavrusik memuat naik satu tweet yang mendakwa terdapat seorang penembak aktif yang sedang berlegar di pejabat itu dan mungkin sedang berlindung bersama rakan sekerjanya.

https://twitter.com/Lavrusik/status/981259304408788993

Presiden Donald Trump turut diberikan taklimat mengenai kejadian tersebut.