Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat filem Hong Kong pasti sangat mengenali franchise Ip Man yang diterajui aktor ternama Donnie Yen. Ip Man sememangnya menjadi fenomena di seluruh dunia dan kini hadir dengan filem baharu daripada franchise ini, Master Z: The Ip Man Legacy.

Anda masih ingat perlawanan terakhir dalam Ip Man 3 di mana seorang master Wing Chun mencabar Ip Man? Beliau adalah watak utama dalam filem terbaru Ip Man Legacy ini yang menceritakan bagaimana beliau bangun daripada kekalahan di tangan Ip Man. Ini video perlawanan antara Ip Man dan Cheung Tin Chi dalam Ip Man 3 untuk refresh semula ingatan anda untuk siri Ip Man ini.

Filem ini mengambil premis selepas kekalahan Cheung Tin Chi (Zhang Jin) di tangan Ip Man. Selepas kekalahan itu, beliau menutup akademi Wing Chun yang dimilikinya dan hidup dengan penuh low profile, meneruskan kehidupan harian beliau dengan menjalankan bisnes kedai runcit.

Hidup beliau yang tenang berubah apabila beliau terlibat dalam satu pergaduhan yang melibatkan seorang gadis bernama Nana (Chrissie Chau) dan rakannya Julia (Liu Yan) yang melarikan diri daripada ketua gangster Kit (Kevin Cheng). Secara tidak langsung, Cheung terlibat untuk mematahkan sindiket dadah haram yang ‘merosakkan’ kota Hong Kong diusahakan oleh Kit dan mencari siapa dalang sebenar di sebalik sindikat dadah haram ini.

Master Z: The Ip Man Legacy ini boleh dikatakan adalah karya spin-off untuk franchise Ip Man. Tetapi apa yang menarik tentang filem ini? Kita pergi satu-persatu.

1. Filem aksi hebat tanpa Donnie Yen

Pelakon Zhang Jin membuktikan beliau adalah antara aktor martial art terbaik yang ada di Hong Kong pada ketika ini. Tanpa kehadiran Donnie Yen, bekas atlet wushu Hong Kong ini berjaya membawa ‘obor’ Ip Man dan meneruskan franchise filem ini. Zhang Jin ada aura tersendiri dan saya yakin, beliau akan jadi lebih popular selepas filem ini.

Adegan pertarungan dalam filem ini yang paling saya suka adalah ketika Zhang Jin bertempur dengan Tony Jaa. Ya, Yony Jaa ada dalam filem ini. Di sini anda dapat lihat bagaimana seni Wing Chun bertemu dengan seni pertahanan diri dari Thai oleh Tony.

2. Lakonan mantap Michelle Yeoh

ip man 2

Dalam filem ini, Dato’ Seri Michelle Yeoh memegang watak sebagai ‘kakak kawasan’ yang menjaga bisnes keluarga selepas kematian bapanya. Michelle Yeoh mempunyai misi untuk ‘membersihkan’ bisnes keluarganya. Beliau mahu menjalankan bisnes secara legal dan tidak mahu lagi terlibat dengan bisnes yang haram dan berkaitan kongsi gelap.

Seperti biasa, Michelle Yeoh tidak mengecewakan dan aksi beliau dalam filem ini mengingatkan kami kepada lakonan beliau dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon. Walaupun di usia 56 tahun, Michelle Yeoh nampak masih ‘muda’ ketika beraksi!

3. Dave Bautista

Ip Man 4

Drax the Destroyer nampaknya terbang ke Hong Kong untuk melakonkan watak antagonis dalam filem ini. Menarik tentang watak Bautista dalam filem ini adalah bagaimana beliau berpura-pura sebagai ‘orang baik’ sedangkan beliau mempunyai agendanya yang tersendiri.

Dalam filem ini baru dapat lihat perbandingan betapa besarnya Dave Bautista ini jika berdiri dengan orang Asia. Bautista adalah ‘penarik’ filem ini untuk menembusi pasaran dunia.

4. Korupsi orang putih

ip 4

Pada satu ketika dahulu, seperti juga di Malaysia orang putih dipandang tinggi oleh orang Asia dan mereka biasanya akan memegang jawatan tinggi dalam sesuatu organisasi. Begitu juga dalam filem ini.

Pegawai orang putih dalam filem ini disogok dengan wang untuk menutup mata tentang segala kekacauan yang berlaku di Hong Kong. Geram sahaja lihat apabila arahan tertinggi adalah daripada pegawai orang putih ini dan polis tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan jenayah sedang berleluasa.

Master Z: The Ip Man Legacy tidak mengecewakan walaupun tanpa kehadiran Donnie Yen. Pelakon star-studded seperti Michelle Yeoh, Tony Jaa dan Dave Bautista memeriahkan lagi filem spin-off Ip Man ini.

Bautista juga turut memperlihatkan gerakan signature beliau dalam WWE, Batista Bomb dalam filem ini! Kalau anda peminat setia Bautista dan mungkin sudah tepu dengan filem dari Hollywood, anda kena tonton filem hebat ini. Sudah ditayangkan di semua pawagam bermula 25 Disember 2018.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka