Marina Abramovic, seorang artis persembahan kelahiran Serbia melakukan satu persembahan seni secara live, ‘The Artist Is Present’ pada tahun 2010 di Museum of Modern Art (MoMa), New York, Amerika yang mengambil masa 736 jam dan 30 minit untuk disiapkan. Dalam seni persembahan tersebut, setiap orang yang tidak dikenali Marina hadir sebagai pelawat berpeluang duduk berdepan dengannya selama 1 minit seorang. Ia adalah satu seni yang mencungkil perasaan dan emosi apabila merenung mata seseorang yang kita tidak kenali.

marina_abramovic_and_ulay

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah beberapa seketika, seorang lelaki berkot hitam menyelesakan diri duduk di kerusi ‘complete stranger’ yang diletakkan berdepan dengan Marina. Marina yang tunduk tanpa mengetahui siapa di depannya itu mula mengangkat kepala dan satu reaksi emosi yang dramatik mula terpamer di wajahnya. Mereka saling merenung satu sama lain sehingga memegang tangan sambil mengalirkan air mata. Ia menterjemahkan 1001 memori dan emosi yang akhirnya boleh membuatkan kita rasa ingin menangis (atau telahpun menangis!).

Rupa-rupanya lelaki itu adalah bekas kekasihnya, Ulay yang pernah menjadi pasangan seni persembahan sewaktu mereka muda dulu iaitu kira-kira 22 tahun yang lalu!

https://youtu.be/OS0Tg0IjCp4

Kisah Cinta Marina-Ulay

Diringkas kisah cerita cinta mereka yang lalu, Ulay atau nama sebenar Uwe Laysiepen, anak kelahiran Jerman merupakan pengasas seni badan (body art), seni persembahan dan seni polaroid. Kebanyakan hasil kerja seninya terkenal semasa kolaborasi Ulay dengan Marina hingga mencapai status ikonik.

Marina-Abramovic-Ulay

Kisah cinta hebat mereka berlaku dalam tahun 70-an apabila pertama kali bertemu pada 1976. Mereka tinggal bersama di dalam sebuah van dan mengembara ke sekitar Eropah bersama. Apabila mereka sudah tidak serasi lagi, mereka memutuskan untuk masing-masing berjalan dari hujung Tembok Besar China menghala ke tengah-tengah laluan. Kisah cinta mereka ditamatkan dengan satu pelukan di situ dan tidak pernah bertemu lagi selepas itu (1988). Mereka menamakan peristiwa itu sebagai satu hasil seni bertajuk ‘The Lovers’.

Abramovic_AAA_AAA_0

‘The Lovers’ memerlukan Marina dan Ulay berjalan kaki 2,500 km setiap seorang selama beberapa bulan sebelum bertemu di tengah-tengah Great Wall China di Er Lang Shn di Shen Mu, Shaanxi untuk mengucapkan selamat tinggal. Marina berjalan dari hujung arah timur di Shan Hai Guan berdekatan pantai Laut Kuning menghala ke barat. Ulay berjalan dari hujung tembok di Jai Yu Guan, berdekatan Gurun Gobi menghala ke timur.

Ia adalah satu pengabadian seni persembahan yang mendalam buat mereka. Tanpa komitmen, mustahil untuk pasangan yang sudah memutuskan untuk berpisah sanggup berjalan selama 90 hari bagi merealisasikan momen tersebut. Video tersebut boleh ditonton di Li-Ma.

Sebenarnya, momen yang berlaku pada tahun 2010 itu seolah-olah sambungan kepada satu seni persembahan bersiri mereka bertajuk ‘Nightsea Crossing’ pada tahun 1982 yang dirakamkan di beberapa buah tempat berbeza di seluruh dunia selama 90 hari. Itulah antara sebab yang membuatkan mereka beremosi kerana sudah 22 tahun tidak bersua muka selepas berpisah. Ia mengembalikan nostalgia lama bermain-main di ingatan.

Punca Viral

Video yang anda lihat itu dipetik dari sebuah dokumentari HBO tentang ‘The Artist Is Present’ yang telah dilakukan oleh Marina Abramovic. Ia bukan sahaja mempamerkan pengenalan pendek tentang kisah cinta yang pernah berlaku di antara Marina dan Ulay sebelum babak di atas muncul, tetapi Marina sememangnya artis seni persembahan yang mengagumkan.

Ia menjadi viral selepas sebuah kumpulan muzik electro-pop, How I Became the Bomb telah menghasilkan EP Adonis yang turut memuatkan satu lagu bertajuk ‘Ulay, Oh’, menjadi antara 26 video muzik terbaik bagi tahun 2014. Ia memaparkan babak-babak pertemuan semula Marina dan Ulay di MoMa. Malah lagu itu ditulis setelah mendapat inspirasi daripada kisah tersebut. Selepas itu ia mula disebarkan oleh beberapa laman web apabila mendapati pertemuan semula tersebut mencetuskan emosi buat penontonnya.

https://youtu.be/CAID_2iKO5Y

Sumber: Ulay, Eco Chick, Nashville Scene, The Guardian, Open Culture, Pomeranz

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram